tengs y'aLLz.. kerna diriku begitu berharga- sroowt..sob10x

3.1.11

~~thank you 2010~&~welcome 2011~~

assalamualaikum.

apa aku nak tulih nih. sumpah. blur. nak menangis. tapi gembira. jadi. apa ya?

anyway.

welcome 2011~!!
dan.
thank you 2010~!!

sungguh. 2010 yang sangat manis. sangat indah untuk aku melakarkan lukisan memori. sangat bermanfaat untuk aku jadikan pengajaran dan pedoman. dan sesungguhnya aku sangat menghargai dengan setiap perkara dan saat-saat yang telah aku lalui sepanjang 2010. betul.

azam 2010?
-azam 2010 adalah untuk menjadi jujur dan baik hati. alhamdulillah. ada peningkatan dan perubahan ! ahaha...

azam 2011?
- sudah aku tuliskan di suatu tempat. aku doakan ianya tercapai. kalaulah emak ada disisi, dah lama aku tunjukkan senarai azam tu pada mak. lebih termakbul jika mak juga yang turut mendoakan. ;)
permulaan 2011 adalah waktu pembaharuan. segalanya nak baru. kalaulah aku punya wang yang banyak. aku nak beli baju baru dan lupuskan baju lama. tukar terus kepada fesyen yang baru. aku inginkan rupa yang baru. penampilan yang baru. semuanya baru. aku sudah meningkat umur. jadi gaya pemakaian pun perlu ada sikit-sikit perubahan. cewah.. bercakap macam kononnya umur sudah meningkat ke 40-an. tidak. aku masih anak emak dan ayah yang comel dan manja. haha~itu adalah fakta.
bercakap tentang emak dan ayah. ya. umur emak dan ayah juga sudah meningkat. aku perlu akur. aku tak boleh bergantung pada dahan lama-lama macam dulu lagi. kudrat emak ayah juga semakin berkurang. itu lumrah dunia yang aku perlu sedar. sedih.. ;(
terus terbayang kenangan masa kecik-kecik dulu. *sigh*. aku memang budak yang jahat. 
ade banyak nak dikongsikan. terlalu banyak sampai malas sungguh aku nak mengarang. kalaulah aku pandai melukis. aku lebih sanggup melukis dan mewarna~!!! tapi itulah hakikatnya. tak berapa pandai memang perlu berdiam diri sahaja.
seronok kan masuk tahun baru. jangan lupa tentang sesuatu perkara. bumi juga semakin meningkat usia. haish.. takut tiba-tiba. korang sambut ke detik-detik 2011 tu? aku sambut. tapi atas katil. ada suatu rasa yang bertandang pada detik tu. rasa sedih dan terharu dengan 2010. ia memang suatu perjalanan yang indah yang telah aku lalui. aku dengar bunyi letupan bunga api. terus aku jerit di luar tingkap. "HAPPY NEW YEAR!!!!!". ya, aku gembira dengan kedatangan 2011. ;) terima kasih 2010. dan. selamat datang 2011.

peperangan dalaman:
aku ada banyak kerja yang perlu dibereskan. sama ada kerja peribadi. kerja ofis. kerja femili. kerja sekolah. semuanya banyak. memang betul-betul bertangguh punya orang!. tapi sekarang pangkat telah diturunkan uhuhu~. jadi sudah tiada komputer. komputer lama pulak masih berserabut. aku perlu kosongkan semua data dalam tu untuk kegunaan staff yang baru. adohaii.. mana ada masa~!!

notahakunadenganpelangi: tolong. jadikan diri anda lebih efisyen dan sistematik. wahai cikpijah!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...