tengs y'aLLz.. kerna diriku begitu berharga- sroowt..sob10x

17.12.10

besyukur lah

assalamualaikum.

tiba-tiba hari ni aku rasa macam tersedar dari mimpi panjang. rupanya selama beberapa hari ni aku banyak bermain dengan fantasi. patutlah jasad cepat melayang-layang. hilang dari dunia nyata. selalu sangat termenung. hidup dengan kenangan. bahaya gila adoilah. terima kasih kerana telah kembali.

betul tu. jangan menjadi hamba kepada cinta. aku masih kerdil kalau nak celoteh tentang sebuah cinta. sangat-sangat kerdil. cinta aku bukan cinta sejati. hanya cinta yang aku belum tahu mana arah tuju dan pengakhirannya. dan aku bukan siapa-siapa. seorang hamba Allah yang masih banyak mentahnya.

setiap hari aku merintih. pulangkan kebahagiaan aku. pulangkan senyuman dan tawa aku. tapi aku tak sedar, rupanya Allah pinjamkan aku kebahagiaan hanya buat sementara untuk aku turut merasai kemanisan tu.dan Allah berikan aku ujian dan dugaan ini untuk aku sentiasa mengingati akan kewujudanNya. terima kasih Ya Allah, untuk kemanisan sesaat itu dan untuk ujian ini.

teringat peristiwa masa sembang dengan mak dulu. 

aku : awatlah cek ni asek accident ja..
mak : hang ada wat salah apa-apa ka..
aku : awat tanya centu?
mak : sebab mak tiap2 hari doa kat Allah, lindungilah anak-anakku, ampunilah dosa-dosa mereka, jauhi mereka daripada jalan yang salah, tunjukkan mereka jalan-jalan benar. 

seketika. aku terkedu. teringat balik apa yang dah aku buat. ya. aku ada lakukan kesalahan...Allah masih sayangkan aku... semuanya daripada doa seorang mak. aku bersyukur, aku masih di bawah lindunganNya. masih tak tersimpang jauh. Rupanya Dia datangkan aku sesuatu peristiwa bersama dengan hikmah. Bukankah sakit itu penghapus dosa-dosa,.. lagi-lagi jika saat seseorang hamba itu lemah, mereka akan mencari Tuhannya semula. 

lately ni, aku selalu nanges. nanges yang gila punya gila tahap bengkak mata sampai tenggelam bijik mata. selalu cakap. aku dah takdak sesapa lagi. lonely sangat-sangat. tapi aku tak sedar. aku masih ada family.. aku ada mak ayah yang tiap-tiap hari berdoa untuk kebahagiaan dan kejayaan aku walaupun sebenarnya aku  sedar, aku tak memberi apa-apa kebanggaan sepertimana anak-anak mak yang lain. Tapi aku sedar tentang sesuatu. mak ayah sangat menyayangi aku!!! kasih sayang apa lagi yang aku pohonkan.. cukuplah cinta mak dan ayah untuk aku. aku sudah bahagia.

betul. . . .
aku selalu terlupa. alpa dengan kemanisan dan nikmat dunia yang sementara.

jika ketawa dan senyuman itu kebahagaiaan mak ayah, aku akan sentiasa jadikan aku bahagia!
besyukurlah dengan semua yang sedang engkau lalui ini....wahai diri...! 
~titik ~

ceriterahakunadenganpelangi : aku buat cerita tergantung lagi. dah mengantuk nak menaip. cukuplah hanya Allah yang mengetahui segala, kerana hati ini adalah milikNya.

1 comment:

baincardin said...

"Part 3" pulak datang menyerang. layan jelaa....^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...