tengs y'aLLz.. kerna diriku begitu berharga- sroowt..sob10x

17.12.10

besyukur lah

assalamualaikum.

tiba-tiba hari ni aku rasa macam tersedar dari mimpi panjang. rupanya selama beberapa hari ni aku banyak bermain dengan fantasi. patutlah jasad cepat melayang-layang. hilang dari dunia nyata. selalu sangat termenung. hidup dengan kenangan. bahaya gila adoilah. terima kasih kerana telah kembali.

betul tu. jangan menjadi hamba kepada cinta. aku masih kerdil kalau nak celoteh tentang sebuah cinta. sangat-sangat kerdil. cinta aku bukan cinta sejati. hanya cinta yang aku belum tahu mana arah tuju dan pengakhirannya. dan aku bukan siapa-siapa. seorang hamba Allah yang masih banyak mentahnya.

setiap hari aku merintih. pulangkan kebahagiaan aku. pulangkan senyuman dan tawa aku. tapi aku tak sedar, rupanya Allah pinjamkan aku kebahagiaan hanya buat sementara untuk aku turut merasai kemanisan tu.dan Allah berikan aku ujian dan dugaan ini untuk aku sentiasa mengingati akan kewujudanNya. terima kasih Ya Allah, untuk kemanisan sesaat itu dan untuk ujian ini.

teringat peristiwa masa sembang dengan mak dulu. 

aku : awatlah cek ni asek accident ja..
mak : hang ada wat salah apa-apa ka..
aku : awat tanya centu?
mak : sebab mak tiap2 hari doa kat Allah, lindungilah anak-anakku, ampunilah dosa-dosa mereka, jauhi mereka daripada jalan yang salah, tunjukkan mereka jalan-jalan benar. 

seketika. aku terkedu. teringat balik apa yang dah aku buat. ya. aku ada lakukan kesalahan...Allah masih sayangkan aku... semuanya daripada doa seorang mak. aku bersyukur, aku masih di bawah lindunganNya. masih tak tersimpang jauh. Rupanya Dia datangkan aku sesuatu peristiwa bersama dengan hikmah. Bukankah sakit itu penghapus dosa-dosa,.. lagi-lagi jika saat seseorang hamba itu lemah, mereka akan mencari Tuhannya semula. 

lately ni, aku selalu nanges. nanges yang gila punya gila tahap bengkak mata sampai tenggelam bijik mata. selalu cakap. aku dah takdak sesapa lagi. lonely sangat-sangat. tapi aku tak sedar. aku masih ada family.. aku ada mak ayah yang tiap-tiap hari berdoa untuk kebahagiaan dan kejayaan aku walaupun sebenarnya aku  sedar, aku tak memberi apa-apa kebanggaan sepertimana anak-anak mak yang lain. Tapi aku sedar tentang sesuatu. mak ayah sangat menyayangi aku!!! kasih sayang apa lagi yang aku pohonkan.. cukuplah cinta mak dan ayah untuk aku. aku sudah bahagia.

betul. . . .
aku selalu terlupa. alpa dengan kemanisan dan nikmat dunia yang sementara.

jika ketawa dan senyuman itu kebahagaiaan mak ayah, aku akan sentiasa jadikan aku bahagia!
besyukurlah dengan semua yang sedang engkau lalui ini....wahai diri...! 
~titik ~

ceriterahakunadenganpelangi : aku buat cerita tergantung lagi. dah mengantuk nak menaip. cukuplah hanya Allah yang mengetahui segala, kerana hati ini adalah milikNya.

14.12.10

temuduga SPA

alhamdulillah..
semua pesanan mak. pesanan ayah. pesanan kakpidah. kaknora. kakmiza. kakika. murnik. dan semua.
aku buat. semua aku laksanakan.!
alhamdulillah lagi..
alhamdulillah
alhamdulillah.
 terima kasih semua. sangat berterima kasih!
;
;
lega gila beb. dah lepas sesi temuduga tadi..

huhu.
oke, sebenarnye tadi ada interview. Pertama kali dalam hidup aku menghadiri interview SPA.
Terharu sangat sampai menangis. Terima Kasih Ya Allah..
korang doakan lah aku.
semoga aku berjaya dilantik dan dipilih. amin.
 doakan ek ek ek..



notahakunadenganpelangi : buatlah yang tebaik, bukak hati. bukak minda. tunjukkan kejujuran. berani menonjolkan diri sendiri. insyaallah..  
segalanya hanya untuk mak ayah.

13.12.10

ini dia cerita si apek.

dol.
aku memang suka lelaki cina
yang mata sepet. rambut serabai. gigi kuning. yeark ahahaha
owh please please pelis...... aku merayu.
aku merayu.

please jangan mengorat akuuuuuuuu.!
lebeyh kurang cenni lah muka dia oke
owh man.!

oke,. 
tengah meroyan. 

bye.

3.12.10

jangan rindu!!!!!!!!!!!!!

ahahaha~
dah banyak kali cakap dengan diri sendiri.
jangan sesekali nak merindu..
ketegQ.
keghaih kepala.
dah cakap. 
duk diam2!
ini tak.
apesal tah tergedik-gedik tetibe.
aaaarggh!

kesian ko hati.
rindu nak tengok wayang eh...
ini semua RAPUNZEL punya pasal~!!
teringin gile nak tengok citer menda alah tu nyah..
korunk duduk diam2 jangan citer kebestan citer tu ley x.
demn.!
~huhuhuuhu~


notahakunadenganpelangi : sudah tiba masa untuk aku berhenti berhibur sekejap... ;)

20.10.10

entah apa lagi yang ko nak ?

assalamualaikum..

ari ni aku datang! lalalala
tengok2.. korang tengok.. die ni memang macam keling kan kan kan.. haha~
mula2 ckp da nak quit. tapi tiba2 die buat post pulak. tah apa2, ade aku kesah korang nak cakap pape pon cakaplah.. peace2 jangan gado2... xmoh2..

sunggoh, aku tengah tak keruan. tak taulah beb..
hati gelisah . resah . tak dapat nak luah. rasa macam sunyi jek. and dats why lah jugak aku boleh buat post. sebab aku rasa sunyi. haha~ sunyi baru carik blog ek.

rasenye, dah tiba masa kot aku nak carik keje laen. rasa environment tpt baru plak. rasa macam dah xde hati kat cni. dah xboleh. memang xboleh. memang xbolehlah. xboleh blaah.. adei. <--memang nak kene ketok pale die ni hek.

dah lah...
chow dulu. buang karen korang jek bace entry ni haha~ eh jap2 xde orang bace kot! perasan taik kucing jek minah ni ahaha~

oke la korunk..

babai~

salam sayang, pijah.

19.10.10

+++

pagi.

assalamualaikum..

terasa nak tutup blog ni.

&

bukak blog baru.

kenapa ekh??

15.9.10

bertambah lagi.

The Pakyayians

welcome kak zaza dan abang azhar!
.
alhamdulillah..raya tahun ni bertambah ahli keluarga. tengok mak ayah hepi je... walaupun mulut mak tu tak berenti pot pet pot pet membebel kat aku.. muka tetap ada garis-garis senyum. riak-riak gembira. agaknya mak pun dah lupa yang die tu sebenarnya sakit lutut. ayah pulak tak habes2 perasan berlagak muda haha.... semoga mak ayah sentiasa sihat sejahtera supaya kuat mengharungi dugaan-dugaanNya..

rasa macam lengkap sangat raya tahun ni. walaupun biskut raye tak berape banyak, kek tak buat langsung, mercun tak main, balik rumah tok tido jek.. tapi ahli keluarga PakYa tahun ni lengkap. along , kak dan abang semua dah ada keluarga sendiri. masing-masing bahagia dengan cara tersendiri. dah cukup 3 pasang anak-anak mak. agaknya waktu macam ni lah yang mak tunggu-tunggu selama ni... tinggallah aku dan adik yang sampai kesudah tak habes2 memeningkan kepale mak huhu..

6.9.10

ai am olready 23rd!


macam mane malas pon. macam mane bz pon. tarikh keramat ni mesti ade post jugak.

selamat hari jadi..

31.7.10

bersyukur kepadaMu Ya Allah..

alhamdulillah..
at last kitorunk dapat jugak rumah. bersyukur sangat.. dan terima kasih kepada semua yang terlibat yang tak pernah putus-putus membantu kami ni. thanx banyak2 kat korunk.. sesungguhnya korunk TERBAIIiikKK!.

tak sabar rasanya nak menempuh hidup baru di rumah baru. kenapa nak memulakan hidup baru? banyak cerita yang tersirat yang telah tersurat yang tak sepatutnya dibuat bahan bacaan kat cni huhu.. bagi aku, selama setahun ni aku hidup menumpang. ..tapi bukan senang tawu hidup menumpang ni,. teringat kata-kata mak masa 15 tahun dulu " mak rasa macam boleh pegang langit dapat duduk rumah sendiri ". lepas daripada berpindah tu, aku tau mak rasa tenang, bahagia sangat walaupun banyak lagi dugaan lain yang datang. terima kasih mak untuk segalanya...

macam tu jugak aku rasa sekarang. bahagia , tenang ,..

yow! aku sedang bahagia dude.............


notahakunadenganpelanginya: sori beb, cerita tergantung lagi. cukup hanya point di sini , untuk menceritakan betapa bahagianya aku.. pijah luves uuuuuu ;)

28.7.10

yang pergi takkan kembali



*gambar kenangan arwah bersama Pakya pada hari pertunangan Apit&Zaza*

Al-fatihah buat mak kakzaza yang telah dijemput Allah pada pagi semalam, 27 Julai 2010 bersamaan 15 Syaaban. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan turut ditempatkan di sisiNya dikalangan orang-orang yang beriman.
Amin.

walaupun seketika, namun ia sudah cukup manis buat kami sekeluarga.
semoga tenanglah auntie di sana..

27.7.10

ada rasa sayu sedang bertenggek

ya Allah..

comel-comelnye tengok anak-anak diorang.
bahagia sungguh rasa hati..
.
.
.
.
.
akan tiba masaku nanti. ;p

23.7.10

tolong aku beb!


salam 1 malaysia..

sumpah . aku makin gemok. masalahnya makin gemok ditempat-tempat tuuuut*.

dulu aku rilek jek.
tapi kebelakangan ni bila tengok gambar .. burok dowh! burok sangat! huhuhu..

da krikital.
tolong..........................
camane nak turunkan berat nie... sumpah. tensen.

notahakunadenganpelangi: spare tayar banyak sape nak?


wahai belogspot.

assalamualaikum..

yow!... haha.. awal gile..
oke2.. mowning every1.. lala...

bersemangat gile budak nih.
tau kenape. kenape. kenape.

sebab..
ari ni ari jumaat. ari jumaat xde klas dude..! seronok sangat..

dah.malas nak tulis entry. takreti nak citer mende ape. lantak kaulah belogspot..
k babai muah100x.

pijah luves uuuUu...!!


16.7.10

abang kau!

kau memang pekerja yang malas eh pijah.
kau selalu kene aim dengan abang belakang kau! ahaha...
kau mc die carik. kau hilang pun die carik. oh ya.. abang,. saya nak ke tandas. ada incik mau ikot ka...
satu lagi.
pasal sexual harressment tu... memang kau punye abang yang tegor! ahahaha~...
takpe. saya jenis yang menerima teguran.
oh ya. kau tak tutup pc. dia da bawak masuk meeting.
abes sekarang semua pc sekali plug2 kene off. hihi bagus kan!. tabek la abang. kalo sejuta rakyat malaysia ini macam kan maju malaysia...
ari tu abang kau perli2. kau tak sedar lagi? " ish, saya rasa partition ni kene anjak ke depan sikit lah ek.. sempit saya nak lalu. ada yang bertinggung, ada yang menyandar kat sini.. " ahahaha~ sempit nak lalu ke sempit nak besenam cik abang?... kurr... baeklah2... we've got that encik!kami paham maksud tersirat tersebut.
macam yang aku cakap tadi.. saya jenis yang menerima teguran..

dulu-dulu.. opis ni bising sangat. tapi sekarang pun bising jugak rasanya.. sampai satu tahap agaknya abang kau da tak tahan gile, ...maka timbullah isu ini ke dalam meeting. jadi wujud satu tagline. " opis ni bukan pasar.....! " haha. da lama agaknya tak guna tagline tuh..
betul jugak tu, opis bukannya pasar, kau dibayar gaji untuk buat kerja.. tu tandanye.. abang kau sangat perihatin. jadi jangan salahkan die..

tadi ada meeting dengan abang kau. hati aku untuk terima dia dah terbuka sedikit. bukan salah dia untuk menegur.. memang aku teruk pun. kebelakangan ni selalu hilang. dah dalam toilet berjam-jam lamanya. + demam lagi . + pening kepala tak tido sebab tengok world cup lagi + sembang-sembang lagi + makan-makan lagi . huwa huwa huwa,... ini sebab kes balas dendam. dulu kitorang selalu kene balik lambat. buat itu buat ini buat itu buat ini. macam da takde pT laen kau nak suroh ahaha...
tapi sekarang rasanya cukuplah pembalasan tu.... aku da insaf!.

aku nak minta maap tadi. selalu mengumpat-ngumpat abang kau. buat dosa banyak menganyam ketupat busok jek. tapi tak kesampaianlah. malu pulak nak minta ampun.. hish2... saya..minata maaf ye encik!.

notahakunadenganpelangi: kerja betul-betul la jangan asek nak ngulor..

23.6.10

PENING ku... biLa.......

aku dah dapat nombor matrik untuk pelajar uitm. uhuhu.. ya. aku dah jadi student balik.! seronok kan....! tapi bukan sebagai pelajar sepenuh masa. pelajar PPLK. kelas 6.30pm smpai 10 pm.
tak lama lagi kehidupan aku akan berubah sepenuhnya. memang sangat excited untuk belajar balik. tapi pening kepala piker macam mana nak travel dari tempat keja ke shah alam. pening. pening. pening..

uhuhu..aku selalu cakap: hati kena kental.. go pijah go!...
tapi aku jugak manusia biasa. tambah-tambah lagi memang ramai yang cakap aku ni macam ke****g. cakap tak serupa bikin. ya Allah, Kau kuatkanlah hati hambaMu ini..

risau. takut. semua bercampur-baur.

rumah pulak belum dapat. pening york!

17.6.10

mungkin tidak patut membuat coretan emosi berjiwa di ruangan ini.. tetapi tolong, aku sangat terGURIS..

“Tulislah kesalahannya padamu di atas pasir supaya hilanglah tulisan itu bila angin lalu datang.

Pahatkanlah kebaikannya padamu di atas batu supaya takkan pudar pahatan itu biarpun dihempas ombak ganas.”

Akan aku pahatkan semua kebaikan yang telah kau hulurkan, tetapi cukuplah setakat ini. Rasa sedikit terhina bila hanya aku yang memahat semua kebaikan kamu tanpa memberi sedikitpun kebaikan untuk kamu. Terima kasih.


Bagi aku persahabatan itu ikhlas. Ikhlas untuk memberi. Ikhlas untuk menerima. Ikhlas untuk bertolak ansur. Ikhlas untuk menangis bergelak ketawa dan segalanya. Hanya satu. Ikhlas. Kalau dah namanya kau bersahabat yang sangat baik, kenapa kau nak berkira dengan pemberian yang datangnya dari tangan ketiga kau sendiri. Mungkin benar, aku tidak cukup untuk kau panggil sahabat.


Mungkin, pada pemikirannya dia sudah cukup kuat tanpa menerima apa pun pertolongan daripada siapa-siapa. Mungkin, pada pemikirannya pertolongan yang diberi itu langsung tidak memberi makna apa-apa. Sungguh aku langsung tidak memahami apa yang dia fikirkan tentang apa itu sahabat.!!

15.6.10

penyataan ini harus kutelan walaupun pahit. kerana aku tahu ia adalah BENAR!!.

awak berkerja di KPM, tetapi fikiran awak BERCELARUlah!....

sungguh, sangat terguris rasa hati.



YA ALLAH, bantulah hambaMu ini..

31.5.10

Secalit Rinduku Untuk Kamu

tahniah untuk naZ sebab dah kembali ke dunia blogger semula.

;p

;p

;p


aku sekarang dah sangat malas nak menulis.

tiada masa untuk bukak blogspot.

apatah lagi broadband dah diterminate.

tapi ada secalit rindu.

;)

malam ni pinjam broadband abg esham.

tak sabar nak online.

sangat rindu................... ;p

18.5.10

apa guna berblog lagi.

apa perlu buat bila rasa blog sudah tidak selamat.??????????????????

.
.
.
.
.

shiet. shiet. shiet.

h a n C u r !

i have no idea dengan orang yang perasan diri dia bagus !!!!!!

sabar aku ada tahap.
aku bukan baik macam orang lain.

apasal dengan muka aku?
bad mood?! serius?!

so wakLu??~!

rasa tegang nak pura-pura senyum.

abaikan apa yang orang lain rasa.
aku memang jahat.
ya. saya jahat.
ignore others feeling.
memang aku jahat.

maafkan aku.

16.5.10

kumpulan Barrakuda Kementerian Pelajaran Malaysia memenangi johan kategori wanita eco challenge


Eco Challenge Hari Belia Negara 2010, bertempat di Pt 6 Putrajaya





perrrghhhhh.
menjerit keriangan ahli-ahli pasukan Barrakuda bila diumumkan kemenangan tersebut.

tahniah gang!

hebat. kamu semua hebat. dapat memecahkan tembok TLDM juga sangat hebat. lalala~

antara acara Eco Challenge tersebut adalah :

- menarik lori 3 tan sejauh 20 meter
- mengangkat dan menyusun kayu balak mengikut turutan berat.
- menyumpit.
- membalikkan tayar.
- lari dan merentas halangan.
- menmbak paitball.
- memanah.
- membuka dan memasang scaffolding[telah digugurkan atas sebab2 keselamatan]

jari penulis blog ni dah sangat bengkak disebabkan kena hempap dengan kayu balak. ahaha
oke gelakkan dia.. jari tengah laks tu oke. kalo org nak tengok, memang aku angkat je terus wat simbol f**ck. best gitu. ahaha~

sudah sangat penat. dan sangat mengantuk. gud nite.

30.4.10

lagi cerita tentang tersirat.

aku sedang bermimpikan sesuatu. sesuatu yang tidak mungkin akan aku capai. sebab-sebabnya adalah penangan virus komik yang sedang menular dalam saraf tubuh badan penulis blog ini.
hari-hari baca komik jepun. rasa-rasanya sekarang ni pun aku sedang berterbangan di alam kartun. seronoknya...
sedangkan alam yang sedang aku berpijak sekarang ini pun bukanlah alam yang kekal abadi, benarkanlah aku jenguk sedikit ke alam katun tuh. bagi aku masuk sekejap. sikit. sudah cukup. macam Alice in wonderland. oke kita ubah tajuk. Kuna in the wonderland. hee????? gyahahahahaha...

wujud sebuah perasaan syahdu kalau penulis blog sedang menyendiri gyahahaha.. susah betul nak menghalang perasaan tak enak daripada menular terus ke dalam hati. andailah wujudnya trafik light di dalam hati? ..

sedihnya! kenapa penulis blog ni suka menangis diam2?????! cuba kalau kau menangis terang-terangan. baru cun! baru perempuan! gyahayayahahahaha tak kuasa akuh. aku = macho, terima kasih.

cepatlah masa berlalu! penulis blog dah tergedik-gedik nak terbang pulang ke sarang. sape cakap aku tak suka balik kampung? sape cakap aku tak suka jumpa mak ayah? aku anak yang baik ta0k walaupun hakikat sebenarnya aku adalah anak yang paling menyusahkan mak ayah. jadi... mak ayah aku adalah ibu bapa yang sangat beruntung di dunia ini kerna punya anak seperti. --> saya!. ;p oke sori kalau agak menjengkelkan tuan tuan dan puan puan sekalian.

"manusia itu unik!" baek. saya pegang kata-kata encik. manusia memang unik. tapi manusia jugak sebenarnya sangat simple. kebanyakan manusia lebih suka mendengar kata-kata hati mereka untuk hidup. baik kata hati maka baiklah jalan mereka.
apa yang aku nak? apa minat aku? apa matlamat aku? apa plihan hidup aku? semuanya bergantung kepada hati ... kan kan kan kan. kalau hati kasihankan mak ayah.. kalau hati kasihankan diri sendiri... semuanya datang daripada hati.
seandainya aku menolak kata-kata hati.--> macam ni lah jadinya. : kalaulah dulu aku buat ini.. kalaulah dulu aku ambil yang tu.. kalaulah dulu..blalbla blabla..
hati sakit. maka badan binasa.
kalau hati busuk. maka buruk lah daging.
kalau hati tak diasuh maka jadilah kau perompak penjenayah.
tapi kalau hati kau wangi...semua orang sayang kau beb! hidup kau penuh dengan love love love.

itulah dia. saya nak hati saya WANGIIIiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.

28.4.10

susah betul aku nak sembunyikan apa yang tersirat

kau nak jadi BAIK.

tapi kau pura-pura BAIK!!!!!! HIPOKRIT.

titik. aku taknak cerita. nanti aku mengumpat. lepas tu satu dunia dapat baca. ayat tersebut seperti bajet semua org nak baca blog penulis ini. baiklah sambung. dan satu dunia pulak sedang berceritakan tentang keburukan kau. jadi cukup setakat ini. bukan. sebenarnya aku takut kau pemes. oke titik.

sekian terima kasih..

27.4.10

lamanya ~

bizinya saya...

anyway saya suka!

tahniah untuk along...

SELAMAT PENGANTIN BARU ;)

semoga bahagia dan berkekalan hingga ke akhir hayat , dan turut dikurniakan zuriat yang soleh.

gambar akan diupload kemudian

;p

21.4.10

malu nya nyah..

MALU NYA SAYA HARI NI.


mana nak letak muka ;(
"takpe2 pijah, kang aku korekkan lubang untuk ko letak muka " huhuhuhuhuhu. sumpah mak malu nyah.
malu dengan semua peserta ceramah tadi. huwaaa nak jerit nak jerit nak jerit nak jerit.!

err.. encik2..
encik..terima kasih ye tadi.. ye..same2.. tak ade masalah. saya doakan semoga berjaya ye..
err.. encik. saya nak minta maaf!. huhuhu.. eh. minta maaf kenapa ye. ada apa-apa masalah ke? err.. bukan saya minta maaf pasal kes tertonggeng tadi. hhuhuhuhuhu puuuh puh puh puh.lega siot. ooo00oo hahaha. tak ade pape la.. takpe takpe .

uhuh. aku sungguh malu. malu sangat. ditegur tertonggeng kepada penceramah masa amek gambar di dalam dewan tadi. astaghfirullah... minta maaf ya. saya sangat2 tidak sengaja. aish! memang tak boleh dibawa ke dalam majlis. bikin malu bahagian dan kementerian saja yuk! memulanya pagi tadi berjalan dengan lancar jek. tapi bila sesi petang agaknya adrenalin di dalam badan sudah semakin aktif sehingga membuatkan otak tak sempat menapis terlebih dahulu tentang apa yang boleh dilakukan dan apa yang tak boleh dilakukan. *tufffff

malunyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

16.4.10

KAKI KU BAU MASAM.

assamualaikum.

kisah pertama
sudah. semua nak block. cukuplah sudah block application yahoo messenger! download! chatbox! photobucket! sekarang fesbuk pun dah block.

dah. sudah. nak dowload borang permohonan pun takboleh. itu tak boleh. ini tak boleh. nah la kau amek balik PC ni xyah bagi aku pakai.
.
.
.
.
oke lah dah ubah pikiran. aku nak PC ni balik. uuhuhuhuhuhu.
titik kisah pertama.

kisah seterusnya.
ohhhh... kenapalah hati aku ni busuk sangat.
orang tu semakin menjengkelkan di mata hati aku. hhhrrrgh.
jangan! tolong halang kuasa jengkel tu daripada merebak. nanti hati aku busuk lagi hitam. tidak!
haishh....oke2 tak baik mengeluh. tarik balik. *hhhhmmmph..puuuuhhh...*
macam mana nak meredakan sendiri rasa hati tak senang ni. sudahlah emosi senang terpamer di wajah. payah betul nak berlakon. <--ternyata di situ korang terpaksa mengaku bahawasanya penulis blog ni sangat jujur. tak pandai menipu. eh silap. bukan aku tak pandai menipu. muka comel aku ni yang tak pandai menipu walaupun dah buat ayat sedap seribu bahasa bagai pantun kiasan. <---jujurnyie die.....ehehehe ;p. takpe aku akan berusaha untuk tenang bila berhadapan dengan orang tuh. chaiyork!!
titik kisah seterusnya.

kisah selanjutnya.
apa ES2Q??? hari ni untuk makluman, aku tak concentrate langsung ahahahaha. malas nak piker. sudah lah.
"percaya kepada ALLAH"
"bayangkan tenaga dalam badan kamu sedang bergerak"
"tenaga tersebut menolak penyakit di dalam badan kamu"
"maka kamu sihat sejahteralah" <--maap aku mengarut.
nak belajarlah daripada dokter TN HJ NAZMI. nanti boleh ubati mak ayah.
oh ya.
letak tapak tangan di dada sendiri.
terima kasih kepada hati kerana berbakti untuk saya.
hati..jadi hati yang bersih ye.. jadi hati yang baik ye...jangan busuk. jangan benci orang. baek baek baek.
titik kisah selanjutnya.


memang. ini adalah fakta bukan auta kaki ku bau masam.
camane nak mewangikan kaki yang berbau mashem erk.
almaklumlah kaki sangat lembap lagi lembut. tuuff*...
sudah la hidung senirik sangat sensitif dengan bau. tiba2 terbau mashem kaki senirik pulak. *eeiii yark!! uhuhuhuh.
sudah. titik.

bye bye putrajaya..lalalala ;) cuke cuke cuke cuke (woi , bukan cuka makan . *heh)
your boarding ticket:

departure time : 11.00 pm ; 16th APRIL 2010
seat no. : unknown <--- huuu cemana tuh. penulis blog sedang gabra.
departure location : bukit jalil. <--- lagi. telah menyebabkan penulis blog rasa takut nak balik. uhuhuhu.

fly away~~~~~~~~~~~~~~~ YAHOOOO BALIK KAMPUNG bebeh !

ehem. naek bus saja oke. dush!! *


13.4.10

ahahaha~ kau memang dasar tak tetap pendirian !

aku tukar template balik weh jangan marah aa. haha ye ye aku admit memang dasar tak tetap pendirian. agaknya nanti suami senirik pun boleh maen tukar- tukar x ohohohoho... mimpi bagai. ini adalah template tahun 2008 ketika dahulu. cuma ubah address blog kat header banner tu jek. rajin betui dulu. gambar penuh satu sidebar. tapi da ilang plak. template ni pun aku buat senirik sepenuhnya.. penah kena reject dulu sebab ada masalah kat post comment. tak kuar gambar commentator. tak syiok plak. dan kalau tengok betul2.. tarikh post pun tak display. mencik2. huhuh.
lum abes dgn tukar template, selain itu aku jugak suka main tukar2 url blog. bla bla bla bla...... pah tuh dapat la url seperti sekarang [aku nak citer pasal url blog aku dari yang pertama dulu sampai sekarang. tapi paham-paham je lah. *kena rasuk antu malas ni*].... uhuk. sudah2. suka hati aku ah. kau sape nak bising ahaha~.

notagilawarnawarnipelangi: best tak tukar2 husband. ;p

12.4.10

sahabatku. NOR IKHSAN

Assalamualaikum.

Saya ada seorang kawan. Kawan saya tu diberi nama oleh mak bapaknye Nor Ikhsan. Sedapkan namanya….. tapi kami ini memanggil beliau dengan nama Bob. Lupa sudah nama sedap yang mak bapaknye kasi tu. Maap ya~

Nor Ikhsan b Abu Bakar. Cukuplah kalau saya kenalkan personality beliau sebagai seorang yang sangat baik hati. memahami. bertanggungjawab. dan gila. Oh ya. Beliau juga ahli muzik yang hebat pada pandangan saya. Guitarist hebat. Drummer hebat. Vokalis juga hebat. Oh lagi.. makanan kegemaran beliau adalah nasik goreng mamak dan telur dadar. Asek2 itu saja di mulut beliau kalau nak order makanan. Oh lagi dan lagi.. beliau seorang yang sangat penyabar tahap maksima tapi kuat touching. Haha~ Oh ops..banyak pulak aku senaraikan personality beliau.

Maaf ya~

“pijah. Aku nak bagitau ko jugak. Walaupun bob tak bagi cakap kat kau.”

“Hmm..pe??”

“bob dapat interview yang dia pegi ari tu. Kat Sarawak. Ari jumaat ni last.”

-

“sedihnya munik….. ;( “

-

Bob~

TAHNIAH BOB.

AKU. DAN. KAMI. DAN. SEMUA. SANGAT BANGGA DENGAN KAU.

Tahniah ye bob….

Nor Ikhsan b Abu Bakar. Sebenarnya akan meninggalkan bumi semenanjung..sekaligus turut meninggalkan saya dan juga kawan-kawan lain. Sedih kan. Tapi kan bob.. kami sedih dalam gembira. Menangis kami dalam senyuman dan bahagia. Gembira sangat untuk kejayaan kau.

Nor Ikhsan b Abu Bakar. Seikhlas dari hati aku yang dalam.. terima kasih . TERIMA KASIH . kerana telah hadir dalam hidup kitorang sebagai sahabat yang sangat baik. Nak tau tak perbualan aku dengan ira. Satu hari tu, aku dan Murni pergi tengok bob dan bandnye g jamming sampai ke pagi..

“bob pun ada jugak ke?”

“ha’ah.."

“oo.. takpe. Kalau bob pergi, memberi pandangan positif dekat aku.”

Ko tau ape maksudnya tu bob. Kitorang rase selamat bila ada kau. -> walaupun hakikatnya kitorunk tau kau pun lelaki. Haha. Terima kasih bob. sebab ko selalu ada di sisi kitorunk. Aku sangat menghargai keprihatinan kau.

Aku sedih ko nak pergi. Cepatnyie… dah sampai masa kot masing2 bina masa depan sendiri. Jangan main2 lagik. Dan aku yakin lepas ni akan ada lagi yang akan mengikut jejak kau.

. aku mintak maap sepanjang perkenalan kita.. kasar bahasa aku..selalu jek cubit kau sampai merah2. tampar, sepak terajang aku.. mintak maap ye bob. ;) halalkan makan minum kitorunk ek. nanti bulan seploh jangan lupa balik. Semalam nak cium ko tak nak plak. haha~

Terima kasih Nor Ikhsan .

Tak terluah dengan kata-kata.


Terima kaseh BOB ECAAAN~ aku jerit nih**

Kami sayang kau!!. SangaAat-sangaAaat.

Korunk ada ke sahabat seperti Nor Ikhsan?

Kami sangat bertuah kan. kan. kan. ;)

notawarnawarnipelangi : setiap pertemuan pasti akan adanya perpisahan. kan.. ;) sesungguhnya aku sangat bahagia sepanjang bekawan dengan ko. mmuah!

eh. nanti sesuatu yang aku paling rindu adalah karok dengan ko bobob!. huhu.. sebab takde lagi hero lain yang sanggup nak berduet dengan saya yang suara macam itik ni. huaaaa...

6.4.10

ada apa dengan diri saya?. saya hanya insan biasa. tapi kalau anda main2 dengan saya.. saya boleh berubah dan menjelma sebagai sailormoon!.

sensitip dan rindu. ewah..
tetibe jek rindu gile ngan rakan-rakan blogger lama. masa mula-mula menjejak kaki ke blogspot dulu.


1. kacipo -> kaci/ochie saya panggil die. blog beliau sangat cantik. ada lagu2.. dan salji2 jatuh kat page . ada lagu berkumandang. rasa tenang,. ada warna hijau.. pokok2,.. cantik sangat. kalau tengok gambar pun orangnya saya tahu cantik. tetiap pagi kaci akan lalu-lalang di blog saya. baik kan kaci... tapi sekarang blog kaci tetibe sudah hilang. mungkin kaci ada tukar link atau mungkin jugak kaci sudah tidak berblog. saya rindu blog kaci... ;(

2. alifmikail -> abang alif saya panggil die. antara ramai2 rakan bloggers dulu, abang alif paling menawan. <--haha. maksud saya blog beliau paling menawan. paling ramai pengunjung. dan paling ramai follower. femes sangat... entri beliau selalu mengusik hati perasaan dan jugak akal. kadang-kadang rasa geram dengan entri saspen beliau. pandai je taip entri yang buatkan saya rasa nak pijak2 jek lepas habis baca. tapi sekaranag ... tiba-tiba alifmikail nama tersohor ni sudah hilang . kenapa ek..... saya rindu beliau... ;(

3. shaniraf ramli -> sha saya panggil die. beliau ni jenis blogger yang sangat rajin mengunjung dan mengomen. saya suke dan sayang beliau. saya juga sangat yakin ramai rakan blogger yang suka beliau. beliau kreatif. cantik. dan saya cukup jeles bila ada entri beliau hanya berbekalkan tajuk je tanpa isi kandungan. sweet sangat, malah ramai betul yang komen. <-- ha ha memang saya jeles. hati saya selalu tercuit setiap kali baca entri blog beliau. suka sangat... kenapa dah tak nak main blog sha.... saya rindu beliau jugak. ;(

4. nazra -> naz saya panggil die. orang kampung saya rupanya. haha. beliau jugak pelajar kuittho seperti saya. tetapi saya hanya kenal beliau di dalam alam maya je. naz seperti kakak saya. sangat baik. dan saya tahu dia juga cantik seperti gambar. saya rindu blog naz yang ada birdie tu. comel sangat. beliau sangat pemurah. selalu je bagi saya award. rasa seperti dihargai sangat. kalau naz buat entri terbaru, saya selalu berharap saya adalah orang pertama yang akan komen entri beliau. entri-entri beliau selalu unpredictable. kadang-kadang saya rasa macam nak pijak2 jek blog beliau. ha ha . geram. tetapi sekarang saya sangat rindukan entri beliau. ;(

boleh tak nak tampal wanted! kamu-kamu ni ada buat url blog baru ke?? sob sob sob. mana menghilang ek ek ek ek..

5.4.10

dihantui oleh dia.

aku sedang dihantui...~
bukan ada hantu. tidak. takutnyieee. (oke mengada je kot) eh sumpah aku takut hantu. oke sudah.

aku dihantui benda alah nih.

HANA YORI DANGO.

ulang sekali lagi.
hana yori dango.

grrrr... gilek ah. tido termimpi-mimpi. bangun tido pun temimpi-mimpi gek. huh cane tuh. ok takyah layan.

baeklah saya mengaku. saya ketinggalan. eleh, ada aku heran ke.? isk2.. aku malu.
sebelum ni aku da kenal hana yori dango. tapi melalui komik. baca one manga online.
tapi serius owh. tak se.....best hana yori dango drama siries. huhuhuhu sumpah aku nak nanges.
tah, nak nanges kenapa pulak pijah?! walaupun dah abes tengok.. tapi aku tetap dalam dunia domyouji. ha ha.

aku taktau citer ni bez . bez . bez . bez . *seres dia ni dah gila bayang.
kalo aku tau citer ni bez, dari dulu lagi aku da carik. bukannya pe, dulu xnak tengok sebab F4. alah.. F4 meteor garden tuh. xberapa minat. xsuka xsuka xsuka. jangan marah eyh peminat jerry.

baiklah kawan-kawan.. sekarang saya sudah mula tergila-gilakan j/k drama semula. dah hampir 2tahun duit saya tak digunapakai untuk benda alah ni. baik kan. 2 tahun je baik.. huahua.

ehem-ehem. saya nak beli dvd player. tapi.. bulan depan lah! semalam dah survey. RM129 brand LG. oke gak owk.. tapi...... erm...... tak bleyh tak bleyh. lain kali ekh ..


notawarnawarnipelangi:*budak ni dah pening lalat. kejap saya kejap aku. gasak ah! *

1.4.10

terima kasih sahabat~

hari ni mud aku telah melayang. aku macam orang lembik. kalo ada yang bagi aku penumbuk sebijik ni pun kompem aku biar je tanpa balasan. letih. tak larat. lagi2 kalau aku terjumpa dia. rasa melayang separuh nyawa dari jasad.
semuanya bermula daripada satu pagi yang nyaman tadi....

" pijah, adik aku tu dah delete aku daripada fren fesbuk dia...." kata-kata tu keluar daripada mulut seorang kawan kesayangan aku yang bernama murni mohd shahabudin. aku tak tekejut. sebab budak tu memang sangat kejam. murni dengan adik nya *yang konon2 dulu adik n kakak* nampaknya sudah terputus jalinan sudah. senang nya kan.... ke???
itu kesah munik.
ini kisah aku plak.
sambungan entri aku yang lepas 'seronok ke main putus-putus' ...
aku ada sorang kawan*aku masih anggap ko kawan aku kan, bodoh x.* yang telah buang aku daripada secebis hidup dia *secebis pun tak sampai kot*. lepas munik cakap macam tu, terus aku pegi page budak nih. mana lah tau kot2 dia delete aku sebagai fren dia DALAM FESBUK jugak ke an.

hah kan.! "aku pun kena delete jugak lah munik!!".

sekarang memang trend orang delete orang gamaknya..
terima kasih aku ucapkan.
aku da tak sanggup lagi nak idup cenni. k0 hengat aku suka ke lari menyusut lintang pukang kalo dari jauh da nampak ko. ko hengat aku nak sangat ke buat2 tak nampak muka ko kalo tetiba ko terpacak depan aku. damn!! manusia jenis apa kau! haaaarhg! bencinya... astaghfirullah..
aku ingat merajuk ko xkan lama. rupanya ko memang betul2 jadi centu. touching sangat pehal? tak boleh berdamai dah ke...
tadi aku jumpa kau. esok dan esok aku jumpa kau lagi. sampai bila nak buat2 xkenal? kau tolong bedah otak aku buang memori aku pasal kau boleh??!!!

aku nak mintak maap*kali pertama aku ucapkan semenjak bergaduh hari tu. egokah??*
rasa berat tangan nak nulis perkataan tu. apatah lagi nak taip antar mesej. nak face to face? lagi lah lidah aku macam kena gam. hari2 piker. patutkah aku mintak maap?patutkah?patutkah?patutkah?
terima kasih sahabat pernah menjadi seorang kawan yang baik untuk aku. terima kasih ye........dan.........aku mintak maap. sangat.

-macam x ikhlas plak aku mintak maap kat cni macam lah kau bace blog aku. bangang jek penulis blog nih.-
doa aku...
semoga akan terlerailah benci kau satu hari nanti. untuk pengetahuan kau yang dah tidak kenal aku lagi.. aku tak pernah sesekali buang kau. kau tetap kawan aku selamanya walaupun aku rasa macam nak pijak2 tengkuk kau sebab buang aku. memang xsedar diri lagi kot minah ni orang dah buang dia tapi nak mengegeh lagi kan.

aku sedih, bongok. ko delete aku pehal!! xprofesional langsung.

23.3.10

entri meghapu aku lagi.

aku tukar link blog. da... xde org bc entri plak. bong*** kan. hahaha~

M A L A S NYA......................

NAK TIDO BOLEH BOS??? nak g tido dalam bilik asam jawe. adeh..

eh..
nak kene bagitau bloggers pasal link baru plak.

lagi..
nak kene masukkan banner dan jugak chatbox.
tapi application tuh diblok. sengal kan.. semua benda depa nak blok. bila aku boleh jadik permaisuri? *mau aku jadikan negara malaysia macam wonderland.*

okelah. malas sangat ni. nak jumpa alvin chipmunks boleh x?!
oh ya.. semalam saya gayut telefon dengan budak tuh.
hepinya.. huh kenapa hepi ek.?

12.3.10

alhamdulillah..

nak ucap..alhamdulillah..
setiap kali bangun pagi, siap2 nak g keje.. aku sentiasa berazam. 'hari ni..aku nak diet! rehat tanak makan!'. wah...hebat kan. tapi tah. rezeki sangat banyak hari-hari. pagi2 lagi ousmate aku da siapkan brekpes. kalo takde brekpes pun aku dengan rajinnnya turun kafe beli nasik goreng. tengahari selalu aku memang tido. tapi tu dulu.. huhu~. sekarang ni rajin sungguh aku pegi KKM beli nasik. dah abeh makan nasik, aku beli waffle pulak buat makan tatkala berada di depan pc. balik umah da ada orang tolong masakkan. rajin betul huda. kalo dia xmasak pun, akal aku ni mesti ada je kedai nak pegi makan. iskq. murah kan rezeki saya.. alhamdulillah, alhamdulillah..

sihatnya aku..
"pijah hang ni memang ada potensi nak gemuk la.." huhuh~ gila jahat budak tuh. tapi betul plak aku rasa. aaa. takut duh!!

"diet la. ko cakap nak diet.. camane nak ngorat orang kalo ko xkurus.." lagi huhuhuh~. betul ke gemok da xley mengorat. xbesh ah cennih!!!

dekat opis aku ada 2 3 orang sedang mendiet. kawan aku, ira yang sorunk ni dah berjaya turunkan 10kg dalam masa sebulan. hebat kan!. bangga betul aku.. huhu~ dah tu, aku bila lagi??
malasnya nak diet. ;(


- tadi aku turun kafe. nak beli cucoQ je kononnya. tapi mata aku ni asek terjuling-juling usha ikan keli masak cili tu huhuh.~ dah,. aku tak pat nak tahan nafsu daaa... ahernya .. erp!! da kenyang pun aku makan. mesti setan kat sebla aku ni kuat makan. hadei~. dah tuh aku da order big apple kat isyqi. makan lagik! sekarang ni atas meja aku ada plak goreng pisang sebungkus. makan lagi! -

alhamdulillah...alhamdulillah...

11.3.10

dengan yang indah

-has been delete-

hahahaha.
gila jiwang! jadi kena remop selom aku kena tangkap.

10.3.10

aku ta0 koghunk tapaham. tayah pahamlah. oke!

kalau bercinta kan, mesti kena pegang tangan

mesti kena peluk-peluk baru ada rasa suam

kalau dulu duduk asrama..

balik dating mesti ada pak guard tegur

" amboi. lambat balik. dah berair kat bawah baru ingat nak balik ka? "

ha ha ha....
*sumpah, bukan aku yg cakap cemtu. pakgad yg ckp. lalala*

tapi tak semua orang yang bercinta macam tu betol x.

ala...tak semua tu berapa sangat lah kan..

2:10 kot yang masih baek2..

aku taknak mempertikaikan menda ni.

hak individu macam mana untuk menjaga diri

cuma..

ramai yang tanya 'apsal nak putus?'

sebabnya, aku takut!

.....................................

jadi biarlah aku suci macam ni hahahah

............................
tapi sekarang rasa sunyilah... :p
nak kena tampar duh budak nih!

9.3.10

pijah o pijah.

da lama xkarang

nak setat camne?

"pijah, jgn asek keluaQ malam sangat..."

ye.. mak. cek tak keluaQ malam2 pun..

haih.. aku menipu lagi.

setiap malam kelua. balik da tgh2 malam.

kalau hujung minggu jgn ckp la.

mau pukul 2 3 pagi.

setakat ni alhamdulillah aku selamat.

esok dan esok??

------------------------------------------------------------------

terima kaseh mak ayah.. sebab masih bagi kepercayaan..

22.2.10

ha ha ha ~

assalamualaikum
lama gila tak hupdate!
macam baru balek dari zaman kayangan.
kenapa dah lama x hupdate?
sebab .. entah.

mungkin. aku sedang bahagia . kot??
tak jugak. pakwe lom dapat ha hah.

-----------------------

yang pasti.

aku nak kip in touch ngan koghunk balek! wahai bloggers..... rindu kamu.
salam sayang ~ pijah ~ =)


Tournament Bowling - BasukaKPM -
Ampang Bowl Metro Point Kajang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...