tengs y'aLLz.. kerna diriku begitu berharga- sroowt..sob10x

22.3.09

alkisah seorang puteri raja

assalamualaikum

alkisah.
kenapa aku lama menyepi? mana aku menghilang?
almaklum..aku anak raja burung kasawari.
nak buat macam mana,,.. aku telah disunting putera raja pipit.
maka alkisahnya kenapa aku lama menghilang..........

aku berkerja selama 3 bulan ini.
indahnya. damainya.
yang penting sekali..dapat melompat-lompat macam kera.
menggedik-gedik macam tupai.
lepak ke pagi macam anak terbuang.
pergi jahanam kau sijil diploma aku.
antara aku dan pizza hut......
kenangan terindah ku. ewah.. boleh pulak.

hahaha.. jadi sudah terbongkar rahsia pekerjaan aku. terima kasih... jangan ketawa. ini bukan olokan. senyum cukup.

jadi hati sudah puas.
aku akan terbang pulang akhrnya.
kenapa..
sebab aku sudah dibuang. jengjeng..

satu malam yang takseberapa nak indah dan sepi.
jam 2pagi malaysia
aku tersungkur di tengah jalan.
macam mana nak cerita ye?
alahai.. short cut. aku accident.
uhuhu. ye.. aku dengan hebat dan gahnya telah melanggar divider jalan!
kebabom..!!
gelap. sama ada aku pengsan atau tertidur...
sampai sekarang belum dapat dikenalpasti.
yang aku sangat pasti.. rasa macam terjaga dari mimpi ngeri.
mimpi yang sebenarnya adalah realiti.
jangan tanya macam mana aku tersungkur.
jangan tanya siapa yang selamatkan aku.
jangan tanya kenapa aku tercampak ke utara. motor aku ke selatan.
jangan tanya..
aku hanya tahu ambulans sahaja.

kecacatan aku adalah kekal.
bersyukur masih hidup rupanya aku ye.
alhamdulillah.
jadi..
antara aku dan pizza hut Equine..
tamat akhirnya.

esok jahitan di bibir akan dibuka.
lusa aku akan pulang ke sarang.
selamat tinggal......alahai jiwang.


p/s: tolong jangan boikot aku. aku juga menyokong gaza.
ampun..

20.3.09

+hehehehe+

macam mana rasanya gelak ketawa tanpa gigi??? hahaha
sekarang aku sedang merasa. aduhai....

ops. assalamualaikum kawan-kawan.
bolehkah saya kembali menumpang berkongsi cerita di sini?.. kudus pulak rasanya bila dah lama xmasuk dan bertegur sapa.
sihatkah semua?
kepada nazra.. ochie.. abg alifmikail..aie..kakzetti..cacen..hanaceklat..shaniraf..awin..sya..linda..dan ramai lagi yang taktersebut.maaf kalau tertinggal. aku sekarang pun ada masalah memori. jadi.. ada sikit2 oKu. hehe. oh ya kepada semua bloggers, aku sangat merindui kalian dari hujung utara sehingga hujung selatan. lautan pasifik pun kalah. eh?

salam kasih rindu dan sayang..
More I MISS YOU graphics

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...