tengs y'aLLz.. kerna diriku begitu berharga- sroowt..sob10x

17.1.09

tiba-tiba je..

assalamualaikum..

aku tulis aku padam. rasa nak tulis. beritahu pada semua. tapi rasa macam tak patut untuk dijadikan cerita. ye lah.. sesetengah boleh dikongsi, tapi sesetengah perlu ditapis. kan.. aku sangat2 rasa bersalah. aku suka tengok tapak tangan orang. aku cakap.. i can see your future.. konon2 aku nie pak tilik. bila sudah seorang aku tilik.. seorang demi seorang lagi datang. "pijah, aku pulak pijah.. " sampaikan aku suruh que. ish3..kalau buat duit.. aku rasa dah banyak dah boleh dapat. haha. tapi jangan percaya.

aku dah pesan pada mereka.. jangan percaya. kalau percaya.. itu syirik. mana ada manusia boleh lihat masa depan.. gila. aku memang macam ni..aku suka. bila aku beritahu perkara2 yang menggembirakan.. diorang akan gembira. hepi dengan masa depan yang baik2 belaka. aku suka tengok garis2 pada tapak tangan. aku ingat makna garis2 yang ada pada tapak tangan.

tapi ini cerita lain. aku rasa sangat bersalah. aku dah buat silap. tadi ada seorang kawan. kawan sekerja. tapak tangan dia.. memang bersih. garis2 tak ada simpang siur. setiap garisan kemas dan rapi. mana pernah aku jumpa tapak tangan yang macam tu sebelum ni. terkejut aku tadi. terkedu. cuma.. satu.. dia tidak ada garisan kejayaan. selalunya kalau aku jumpa tapak tangan yang x ada garis kejayaan tu.. aku x akan cakap. aku takut nanti pemiliknya putus asa. aku takut diorang percaya. tapi tadi.. kawan sekerja aku tu.. aku betul terkedu. sehinggakan aku cakap " kau xde garis kejayaan.." macam mana aku boleh bercakap macam tu???. jahat nya aku. mana patut aku cakap macam tu???

terlajak kata-kata.. macam mana lagi aku boleh berpatah balik. jahatnya.. sedangkan dia masih belajar lagi. bukankah aku dah macam menjatuhkan semangat dia,... macam mana ye.. pening2. huhu...

15 comments:

jiwa kaco said...

tengok tgn halu leh?
dapat tak haku kawen dgn anak tok dalik tu yg cun

AiE bAhRi said...

Pijah..
Kamu blh dapat pangkat tok nujum muda ni..hehehe

bB sYasYa said...

hang pnh tgk tapak tgn aku x pjah?hhehee

~ochie~ (^_^)v said...

salam pijah mucuk...
alalla... takper.. ok juga tu kwn pijah nti..
kalo dia x berjaya.. mcm na blh masih bljr lg..
suh kwn jgn pecaya la.. heheh...

sharamli said...

mungkin gris kjayaan kwn pijah ad kt kaki k0t..hu3..xpe..sem0ga kwn pijah diberi kejayaan jg nnt..insyaallah

Nazra said...

aku scan n send emel gmbr tapak tangan aku, bleh tak? haha....

k.A said...

wah3.cek tapak tgan aku plak.
haha

pijah said...

jiwa kaco
kamu ke. dengan anak tok dalik??isk3..da tgk dah semalam. xde. abg kawen dgn cucu atok ali. dia ada kat kmpung jambu. nnti pegi cari ye.. ;)

aie
ye ke. boley ke. mcm nujum pak belalang pulak. sultan mana ye nk kasi ni. hmmm...

sya
hg punya ke.. aku rasa mcm xpenah. huhu. ada rasa rugi x. ekeke

ochie
tol gak tue ek. xtepiker pun. hmm.. okei2. tQ lalink..

shaniraf
haha. xkuasa i nk check tapak kaki dia. hakhak.. betol2.. hmm.. sukasuki je sy ckp centu kat dia ek. huhu

nazra
bley2. scan tapak kaki sekali.. ;p

ka Adan
hish3. nak jugak doktot ni..boleh2.. teruja aku. hui. nak tgk ang punya anak ade bape org. haha.

alif-mikail said...

kalau koi .. err.. lembutnya tangan aok .. ahhaha

Suhaila said...

lau suhaila memamg da putus arapan agaknyer...
tapi itu lau setiap kata kata pijah sememangnyer btol.
bukan nak percaya, tapi kadang tue, kita ner hakikat...
tapi kita boleh ubah suma tue, bila kita betol betol berusaha untuk mencapainyer...
salam perkenalan.

cacen86 said...

ni yg aku rase nk scan tapak tgn ni pastu send kt ko..ahahaha.....

goasop said...

pijah ckp la kat dia.. jgn caya n myb pijah salah tilik. mungkin tu le ubat resah di hati dia. ye la.. kita kdg2 xnk caya, tapi kdg2 nk caya~ erkk

btw, garisan kejayaan tu katne ye? nak tgk. pernah belajar gak tilik tgn ni.. tp tahu yg bab boros tak boros tu je la. ehe

razifembi said...

elok2 la tu ...dalam banyak2 komen kat atas ... tak dak sorang pun nak nasihat arah jalan yang baik ...

pijah, semoga dijauhi perkara-perkara yang boleh merosakkan akidah ....

aKu..DiA...kAmU said...

Senang jer lar. Meh sini aku ajar ko. Bila sesekali kita tersalh cakap kita kena mengcover balik ngan cepat. Patutnya ko cover camni...

"ko xder garis kejayaan..ermm.. maksud aku kejayaan untuk membuat benda2 yang tak berfaedah cam..bla..bla..bla.."

Tapi sebab ko dah terlepas lama dah..aku kasi idea ko upah saper2 gi cakap ngan kawan ko tu...kira cam kutuk2 ko ler skit...cakap yg ko ni suka merapu...erm..mungkin ble cover balik kot!

Senang2 minta maaf jer ar..

pijah said...

alif mikail
haha. aok ni memang...

suhaila
timasih sue..salam kenal jugak! .peace ;)

cacen
haha..xpayah scan aku da taok da. kehkeh.

goasop
x tercakap pun. tah la.. xreti dah nk cover balik.huhu. err.. garisan tuh?? gagaaga.

razifambi
haha. okaik bang. don worry. nway timaseh.. ;p
kan dah kene...

aku dia kamu
nape xkomen awai2. hish....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...