tengs y'aLLz.. kerna diriku begitu berharga- sroowt..sob10x

17.1.09

tiba-tiba je..

assalamualaikum..

aku tulis aku padam. rasa nak tulis. beritahu pada semua. tapi rasa macam tak patut untuk dijadikan cerita. ye lah.. sesetengah boleh dikongsi, tapi sesetengah perlu ditapis. kan.. aku sangat2 rasa bersalah. aku suka tengok tapak tangan orang. aku cakap.. i can see your future.. konon2 aku nie pak tilik. bila sudah seorang aku tilik.. seorang demi seorang lagi datang. "pijah, aku pulak pijah.. " sampaikan aku suruh que. ish3..kalau buat duit.. aku rasa dah banyak dah boleh dapat. haha. tapi jangan percaya.

aku dah pesan pada mereka.. jangan percaya. kalau percaya.. itu syirik. mana ada manusia boleh lihat masa depan.. gila. aku memang macam ni..aku suka. bila aku beritahu perkara2 yang menggembirakan.. diorang akan gembira. hepi dengan masa depan yang baik2 belaka. aku suka tengok garis2 pada tapak tangan. aku ingat makna garis2 yang ada pada tapak tangan.

tapi ini cerita lain. aku rasa sangat bersalah. aku dah buat silap. tadi ada seorang kawan. kawan sekerja. tapak tangan dia.. memang bersih. garis2 tak ada simpang siur. setiap garisan kemas dan rapi. mana pernah aku jumpa tapak tangan yang macam tu sebelum ni. terkejut aku tadi. terkedu. cuma.. satu.. dia tidak ada garisan kejayaan. selalunya kalau aku jumpa tapak tangan yang x ada garis kejayaan tu.. aku x akan cakap. aku takut nanti pemiliknya putus asa. aku takut diorang percaya. tapi tadi.. kawan sekerja aku tu.. aku betul terkedu. sehinggakan aku cakap " kau xde garis kejayaan.." macam mana aku boleh bercakap macam tu???. jahat nya aku. mana patut aku cakap macam tu???

terlajak kata-kata.. macam mana lagi aku boleh berpatah balik. jahatnya.. sedangkan dia masih belajar lagi. bukankah aku dah macam menjatuhkan semangat dia,... macam mana ye.. pening2. huhu...

14.1.09

-- always like dis --

hye.. assalamualaikum semua. ;)

kamu sihatkah? aku tidak sihat. suara sengau. hidung tersumbat. tidur tak lena. mandi pulak malas. anak dara apa ni ye.. makcik2.. jangan ambek saya sebagai pilihan menantu ye.. saya ni pemalas. tiap2 malam mandi pukul 2pagi. bila bangun pagi, nafas sudah tersangkut-sangkut. banyak betul sampah dalam lubang hidung. batuk-batuk mengeluarkan kahak. kotor ke? yelah.. aku bukan pengotor. tapi hakikinya.. sepupu aku selalu cakap. pijah jangan mandi lewat.. nanti paru-paru berair. takutnya...huhu. tapi kalau tak mandi nanti badan busuk. ubat batuk dan selesema dah beli. tapi aku xsuka makan ubat. jadinya.. sekadar perhiasan dalam almari solek. banyaknya kerenah kamu pijah..

kadang-kadang rasa sangat gembira
tetapi
kadang-kadang rasa bosan yang amat.
bosan dengan kehidupan yang sama berhari-hari.
apa.. tak bosan kah kamu asyik buat kerja yang sama hari-hari????
aku bosannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn

giler la ..
duit.. duit.. duit..

pernah dengar buku bundle x?? macam best aje bunyinya kan..
dah lama aku pendamkan niat untuk buat benda nie..
risiko.. duit.. pening.....pening.......

rindu pulak nak tengok cerita pride..rindu takuya kimura. mengada-ngadanye hati ni..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...