tengs y'aLLz.. kerna diriku begitu berharga- sroowt..sob10x

19.12.09

seLaMat PenGantiN baRu
my dearest kaZen..
NuRULhUDhA&FeEzLy.
semoga bahagia hingga ke akhir hayat hingga ke syurga.
i laP u s0 muCh!

9.12.09

tolong.. pergilah jauh-jauh

aku selalu terpiker. bingung.

kenapa awak suka saya?
saya macam jantan
saya tak cantek
mata saya sepet dan sepet sebelah
saya gemok tambah tambah lagi pada perut.
saya selalu marah marah
muka saya bengis
budak-budak selalu nanges kalo tengok saya
saya..
saya cakap kuat sampai dengar umah seblah
saya selalu jerit-jerit
saya makan banyak dan makan sampai tak ingat dunia
saya kasar
saya ..
saya sendawa kuat
saya pun kentut banyak
semua orang cakap saya macam jantan


saya dengar telepon bunyi
awak kol banyak kali. saya tawu
tapi saya buat-buat tak dengar
sampai hp tu mati sendiri

tolong lah pergi jauh.. pergi jauh dari sini. jangan datang lagi.

Boleh tak!!

notatensyenwarnawarnipelangi : aku walopun kasar macam jantan, tapi hati aku lembut tao tak!!

erm.. boleh tak, aku tak mau kawen lah. boleh x cakap macam tu.

26.11.09

~seLAmaT hARI raYA aiDiLadHA~ bez ke. bez kot. bawak balik baju kurong ke. wajib bawak!!

selamat hari raya haji!
.
.
esuk pukui 3 ptg da nak gerak! kata kerrirudeng dengan tegasnya kepada aku.
KPM tu kat mana wei?
ler citpoddaa.. nama ja duduk precint 9. KPM pun tatao kat mana ka kerri.. ha ha. oke tak buleh gelak banyak sebab aku mao tumpang sekereta. ;p
.
.
.
cadangnya, aku tamao balek. sebabnya mak ayah pun tadde kat uma. jadi aku malas la abehkan duet uhuh.
tapi da kena paksa dengan along siap perli2 " amboi2.. bizi sangat ka tamao balek? balek. along transfer duet. "
hehehehe... timaceh my laply switi ALONG.. ;)
.
.
.
aku teruja siket. mak dengan ayah akan berWukuf di Padang Arafah. ibadah kemuncak semasa menunaikan haji. aku berdoa semoga emak ayah dan jugak muslimin muslimat yang lain selamat. sihat walafiat. tenaga yang mencukupi. dilindungi dan diredhai Allah. semoga ibadat mereka diterima Allah SWT. amin..
.
.
.
aku nak balek tengok lembu tokdah dikorbankan. lembu yang aku selalu buat maen. aku kesian dan sedeh. tapi cikgu kata kita takboleh cakap macam tu. nanti jadi haram. betul ek.
.
.
.
aku nak balek tenguk adik aku yang itam legam tu. jadi rindu pulak. walaupun aku selalu kena buli budak tuh. tapi aku suka. ;p
.
.
.
aku nak balek tenguk anak-anak sedara aku tu. aku nak ukur..dah tinggi ke bebudak nih.aku tao, aku ni mak njang yang paling jahat di dunia. . "mak njang gemok!" "maknjang pendek!" "maknjang hitam!" ... ha ha ha. isk. sapa ajaQ bebudak ni cakap macem tuh. ini totally silap. maknjang yang kena buli. tapi maknjang suka... ;p
.
.
.
aku nak balek mengabdikan tenaga untuk tolong kazen busuk aku tu siket2. aku akan cuba sedaya upaya menghabeskan sepenuh masa aku untuk hang kaklong!. cakap nak ke mana. janji.. aku sanggup jadi pakDG. hanya untuk hang.. ;)
.
.
.
aku nak balek tenguk jalan dekat pokok sena tu. dah berubah ke? pejam celik celik pejam. dah hampir 17 tahun aku bermastautin di situ. jatuh berdarah menangis pengsan aku semuanya di situ.
.
.
.
err.. kau ni macam tapenah balek seploh tahon lak pijah oi! ha ha
hati maknusia.
ada rindu.
ada kasih.
ada benci.
ada sayang.
aku kan maknusia jugak..
jadi aku takesah apa kau nak kata sebab aku da ghindu takley blah dekat novel-novel aku tuh.

notasetenangwarnawarnipelangi :
pijah takut nanti kalau balek umah akan terbayang-bayang mak ayah di depan mata ;(


cerita sabah lagi ler. kalu bosan jangan baca. aku takesah. aku tamao paksa. aku selalu openminded. hehe nak menghabiskan ruangan taitel tenguk dia bu

kakbanu : ye pijah.. awak nak tunda atau nak batal?

~> saya nak tunda tarikh tu ke 20hb. kakak saya kahwen tarikh 19hb.[kununnya lebey mujarab la kot kalu sebut kakak]

kakbanu : aiyyoo..u dah terlambat la. . i dah buat tempahan baru pukul 2 tadi. kalau u nak buat tundaan atau pembatalan u kena compound la from air asia rm75. KPM tak akan bertanggungjawab. u sanggup ke? kalau u sanggup i proceed.

~>perggggghh. betui2 menguji kesabaran aku tau...
kakbanu, u tak bley kasik i duit ke nk bayar compound tuh... [hah aku berangan kot.]

kaputusan . aku pergi ke SABAH. sedih sangat nak mengucapkan kata putus tu dekat kaklong. SEDIH. sumpah, aku sedih. cuma air mata mengalir kat dalam jek, sebab dia malu-malu nak kuar..

kaklong.
AKU MINTAK MAAF SANGAT.
aku mintak maaf sangat.sangat. ;(

janji aku nak mengabdikan seluruh tenaga untuk hari itu dapat ke ditunaikan? yerp. hang pun da tao jawapannya kan melainkan aku tapegik sebah tu. kan..kan..kan..

-
-
-
-


notapositifwarnawarnipelangi:
percaya semua yang berlaku pasti mempunyai hikmah disebaliknya. kan, KAKLONG. ;)

19.11.09

istimewa.

Teringat panggilan istimewa tadi.

Pukul 4 ptg.

Puan ramlah yang tercantek antara yang terCANTEK dalam pelenet bumi telipon. Sangat istimewa panggilan tu tau tak. Sebab..datang dari Mekah.


~>mak apa khabar
Puan ramlah : Alhamdulillah mak sihat.. ayah pun sihat.. hang tengah buat apa?
*ye la tu mak sihat suara dah lain . hati dah risau*


~>ada kat opis la ni mak. Tengah buat gheja..
*hahaha..memang2 mak masih xdapat nak membezakan waktu lagi. Kompem lupa.*


~>Mak oke ka ni. Awat suara laen. Mak sakit tekak ka.
Puan ramlah : sehat la.. Cuma nak selesema kot. Ada sakit ghengkong sikit. Ekon bilik ni kuat sangat.. mak kuat lagi ni..
*ler ler. Igtkan sakit sebab panas. Ekon upanya? Alahai emak aku .. . Tapi betul lah. Sejuk lawan panas memang akan mengurangkan antibodi.*


ayah mana mak?. Mak jangan jauh2 dengan ayah na.. jaga diri. Hati2 kat sana tu tau..
Puan ramlah : haha. Mak dengan ayah selalu jalan rapat2 ja. Cuma ni ayah hang p shoping sorang2 dia. Mak tak larat nak ikut. Sakit lutut sikit.
*hah kan..aku baru jak pesan jangan jauh2 dengan ayah. ayah..ayah..*


Puan ramlah : Pijah..hang nak pi sabah nanti bila. Jadi ka ni?
~>jadi la mak. Dah kompem. Bulan 12 ni 19hb. Tapi mak cek cuba mintak balik awai kot mak ngan ayah balik 21hb kan.
Puan ramlah : xpa la pasai mak ni. Hang dah lupa ka kaklong kawen 19haribulan?


Erk!! Aaaaaaaaaa……macam mana aku boleh lupa?oh.. no no no no no. hah sudah. Tidak tidak. Aku perlu hadir kenduri kahwinnya. Macam mana aku boleh lupa padahal kad kawen itu aku yang bikin. Alahai kuna….


Hamek kamuk. Satu lagi gundah gulana melanda. Hahah. buleh ke aku belah dua diri senirik.??


~>hah macam mana ni mak….. huhuuuuuu. Maak..
Puan ramlah : pijah hang kalau tak p sabah tu tak boleh ka. Xyah p lah..
~>aa..cek nak p mak.. ;(
*muncung kamu sudah mencecah 12inci kuna. Sebbaik mak kamu tidak Nampak. Kalau tak dah kompem mulut kamu kena tampar..;p*


~>Erm..xpa la mak. Tengok la nanti macam mana. Mak jaga diri mak. Hati-hati kat sana tu. Mak banyak2 sabaq tau. Jangan cepat marah2 orang tau… I luve u. k..


*aku teringat ari tu ayah kol “pijah mak hang dah ambek semua tempered ayah. pelik ayah. cepat betui dia naik angin kat sini ni. “ . lah macam mana buleh jadi centu. ayah yang tempered buleh cool..alhamdulillah. tapi mak yang terbAEK jadi tempered pulak. risaunya aku kat mak ayah ni… *





Puan Ramlah binti Hassan & Encik Yahaya bin Wahab

'Semoga semua ibadat mak ayah diterima dan diredhai Allah.
Semoga mak dengan ayah kuat dalam mengharungi dugaan dan cabaran di sana.
Ya Allah..aku memohon berikanlah emak ayah kudrat dan tenaga yang baik..badan yang sihat dan mental yang kuat.
Semoga emak ayah selamat di sana dan pulang dengan wajah gembira! '




notapeningwarnawarnipelangi : SABAH???????????

nasib kuna.


Nampak atas tuh. Keputusan permohonan kamu tidak Berjaya oke kuna.

Ada rasa sedih.

Tapi ada rasa lega.


Nak call mak. Nak bagitau mak. Boleh mak tolong doakan kat mekah untuk keputusan rayuan pulak. Oke2 kuna buat permohonan rayuan. Walaumacammana rasa lega pun. Kuna tetap nak sambung belajaQ. Takkan selamanya nak jadi pembantu tadbir. Malu dengan kawan2! Tidak..tidak.. no way.

Tak kan selamanya nak pakai motor. Nak basah hujan panas matahari?. Pun tidak jugak. Cuba kamu tengok kuna..kawan2 kamu semuanya sudah ada kereta senirik. Semua berlumba-lumba ambek lesen sudah. Kamu kuna?? Masih lagi naek moto…minah rempit jalanan.

setat moto pakai kasut tumit tinggi seinci…
dan.. selalu kena hon2 atas jalan raya padahal kau tu kecit mereka tu besar…dan.. satu lagik. Pepagi bangun mekap lawa2 tapi bila ujan turun abes suma cayaQ… hahahahaha!

Sampai hati gelakkan aku yang kudus kan,.

Apa ingat aku xleh pakai keta ke..
tengok ler satu hari t satria neo tetap milik kuna!. Err..doakan hafezah yahaya peliss..

Sedih ni. ;(

Tolong cheer up kan budak kudus nih!


-hakuna-

tajuk kami.

Berhampiran dengan rumah aku..

Tetiap malam ada karaoke besar besaran.

Selalu bising-bising.

Sakit telinga kanan aku dengaQ.
Silap2 aribulan
taik telinga pun bleh cayaQ.


Benci.

Dulu aku benci.

Sekarang seploh juta kali ganda aku benci….
-
-
-
-
-
-
-
-
Minatang tuh.

KATAK ong!.

Tah apa yang derang nyanyi.
Aku tanak paham.
Kalu dah nyanyi xsedap tu sudahlah.
Ini siap kaki aku pun dia nak balun apahal.
Abeh baju aku berterabuQ jatuh.
Terkejut punya pasal.
Dah xjadi sidai kain.

Dulu kini dan selamanya.
aku xSUKA KATAK!
notakuduswarnawarnipelangi:geli ya amat dengan amfibia. <--tapi masih macho oke

14.11.09

kuna tengok 2012.

hari ni hari sabtu. bangun pepagi gerak dari presint 9 umah shera. semalam tido sana sebab tgk muvie midnite kat putrajaya. tgk plak citer PHOBIA 2 dari Thailand. moto tetiba macam sengaja nak habehkan duit aku. mentol lampu terbakar. dah jadi plak memalam buta. orang kata jalan kat putrajaya tu beghantu. sumpah aku takut nak balik. uhu.

dah..akhirnya tadi kul 1230 aku tengok muvie 2012. we were warned. aku xreti nak mengulas. efek dia gila dasyat,.. sebijik real tahap boleh gila. takut. tapi aku rasa ada lost bila kuar panggung. macam ada sumthing yang tak puas hati. feeling dia xsampai kat hati aku. tah. aku kena gelak sampai nampak anak tekak baru puas. aku kena nangis sampai bengkak bijik mata baru puas. tp citer ni xde. lagi satu bukan ke the end of the day sume makhluk xkan wujud.. lagi satu, dia mmg xsebut nama malaysia dan jugak negara asia ekcili masa persetujuan menurunkan pintu gerbang tu. hahah.

-hakuna-


9.11.09

ini cerita semalam

team joghaton Bahagian Pembangunan.




MESCA. sukan-sukan antara bahagian Kemennterian Pelajaran Malaysia. ini cerita semalam.

badan sudah sakit-sakit. kaki dah macam kudung xde darah. panas terik. peluh merecik-recik meleleh leleh. aku tengok akak yang baru potong aku tadi dah start berjalan., aku nak potong balik. aku nak potong balik. aku nak menang joghaton!. tapi dah xde kudrat. gila penat. aku kuatkan semangat gak. aku lari gak. aku ingat aku dah habis laju. tapi akak depan tu lagi laju. aarrgh.. akhirnya aku pasrah. aku tengok belakang. kawan-kawan aku dah xkelihatan rupanya. entah oke entah tidak.
last2 dapat no3. hahah oke2 dapat no3 pun crita kat cni kan. aku geram dengan akak tuh. berani dia potong aku!.grrrr

tapi xpuas hati. penat lari tapi dapat hadiah payung besaq gedabak. boleh bukak gerai tepi jalan kot, huh.

yes. MESCA memang best. 4 sure aku akan rindukan KPM nanti.

30.10.09

baek hati.

macam mana nak jadi seorang yang BAEK HATI ye.
.
.
.
.
.
.
SENYUM DENGAN SEIKHLASNYA.
.
.
.
.
KERJA DENGAN SEIKHLASNYA.
.
.
.
.
baek hati.
saya nak jadi seorang yang baek hati.

26.10.09

aku kot yg gila.

pic removed.

budak itu. aku rindu budak itu.

oh peliz.


demm!!!!! nyah kau dari hati. setupit.

20.10.09

TIDAK PASTI.

hati oh hati..
agaknya.
mungkin.
ye la kot.
erm.
oke.
.
.
.
.
.
.
tutup buku.
inaf!



"pijah, rokok baru." rupa macam rokok mainan dan panjang lebih kurang 3inci kot. ingatkan main2, sekali dia amek sedut boleh pulak hembus kuar asap berkepul-kepul. hahah.
terkesima kejap aku. menatang apakah itu? nampak sangat ketinggalan zaman.

canggeh sungguh zaman sekarang. yes., bolehla try amek isap. baru nak sedut dah kena larang. "hei, jangan pijah!. ada nikotin dalam tu".. ops oke......

apa guna buang duit beli menatang canggih tu kalu tetap merosakkan sistem badan. jgn2 lagi dasat efek dia sebab kali ni siap sedut ion2 bateri lagi. erp.

tapi yg pasti boleh mengurangkan pencemaran. xde lagi asap busuk dan xde lagi putung rokok merata-rata. amek isap dan siap boleh masuk poket balik. ahha. itu abang aku. gila perokok tegar. belum kawen tapi gigi dah rongak. kalu aku jadi awek dia kompem rejek. yeark! gigi burok. tolong..xpayahla isap rokok. buruk.!

18.10.09

hakuna

kalau kita jadi matang. kita sedar x? kita sedar x kalau kematangan dalam diri kita ada berubah dan meningkat sedikit demi sedikit. em. rasa macam sedar. MUNGKIN. mungkin. kot.

aku selalu tau. buat orang menyampah. garang sangat kot. semua cakap. eish garangnyeeeeeeeeee.

ei. aku ngap jugak kang. aku oke je. xde pun marah2. erm mungkin kening abstrak aku. kalau aku termenung dicakapnya aku tengah sedih. teringat pakwe lama lah. kalau tengah khusyuk buat keje dicakapnya aku serius nak mampus muka macam nak makan orang. huh. tolong la. tolong. mau saja aku telan hidup2 macam rimau makan kambing baru tau.

tapi dah lali. dari zaman sekolah dulu-dulu. kalau korang baru festaim nak jumpa aku.. aku kompem boleh potong jari korunk for sure nyampah gila punya. sebab muka macam singa. haha. tapi kalau dah lama2 baek korunk berjaga-jaga.. tahap boleh jatuh cinta tepaut habeh jiwa raga . ops..

"pijah muka macam taik!"
ini masa aku keje kilang fujitsu dulu. jadi minah kilang yang potpetpotpet xberenti nyembang. last2 kene marah dengan senior line. sudahnya aku senyap. jadi xde senyum tawa gelak memekak lagi. aku serius la buat keje. dah tu macam tu pulak dicakapnya. oke xpe.....

"hii budak tu takut tengok muka hang macam singa lapaq!"
le pulak. mak aku sendiri yang cakap taim aku dukung sorang budak kecit ni nama dia aisyah anak sepupu aku senirik. budak tu boleh pulak memekak nangis tetiba. aku cubit baru tau!

"muka macam monyet!"
ini kawan-kawan punya cakap tengok muka aku baru bangun tido masa cikgu ngajar kat depan. aku bangun dah tengok kasut hilang kena sembunyik atas bumbung. dah tu kena gelak macam kena rasuk. hantu punya kawan! aku telan hidup2 hampa ni.

"muka tuu..garang sangat.cuba senyum sikit"
ini masa aku keje pizza hut dulu kena buat test depan manager untuk markah CMS. padahal taim tu mana ada kastemer jadik aku nak senyum untuk sapa? meja dan kerusi?? oke boss...

"pijah jangan la marah2.."
aiya..aku mana ada marah la beb. aku memang rok oke. rooookkkkkkkk! geram tau tak. huhu aku xmarah oke. tidak marah. aku telan betul2 baru tau.

"hg ni nak period ka wei. awat garang sangat."
aik??? bila pulak aku marah2. grrrr.. sepupu aku yang sebilik setidoq dengan aku yang cakap. aku garang sangat ka? aku garang sangat ka?? tensen.

"all xnak gaduh dengan sayang., please la jangan marah2"
pakwe aku sendirik yang cakap. bukan orang lain. aku cuma nak luahkan perasaan. bukan marah2 lah. tolong la paham. tolong lah. tolong lah. tolong lah. grrrrrrrrr .

"hg nak tau dak dulu masa mula2 kenai hg aku selalu teriak. sakit hati kat hg.."
hahahaha. aku suka betul menyakitkan hati orang ke,. itulah siti zaiyani kawan baik aku sekarang. orang yg selalu nangis disebabkan aku masa 6 tahun dulu. kesian.... dasyat sangat ke aku ni. sori la semua orang. aku pun tak tau macam mana lagi nak kontrol.

selalu buat orang menyampah. jadi aku kena senyum. kalau aku xsenyum muka mesti nampak macam singa kelaparan. tapi kalau senyum 24jam macam xbetul pulak. jadi aku kena menyembang, kalau aku xsembang muka nampak masam ya amat macam orang mati laki. tapi bila sembang banyak nanti bos tengok aku keje main2.

walaumacammana aku pun.. aku masih manis. Allah jadikan hambanya yang terbaik. terima kasih! sesiapa yang dapat menerima, aku mengucapkan terima kasih. sesiapa yang terasa hati, aku menghulurkan kata maaf. aku minta maaf.


notawarnawarnipelangi: pijah masih manis dan comel oke. ;)

13.10.09

kenapa?

ada satu rasa yang menjengah.
betul ke? kenapa????

semua ini hanya permainan hati...jangan terpedaya pijah.






notapeningwarnawarnipelangi: andai aku mati dulu sebelum kawen ku...???????

26.9.09

23.9.09

erm.

amcam raya suma oke???

aku hepi. titik.

erm. tengok orang tukaq tempelat. aku pon nak tukaq gak.

lev lev lev lev lev. jiwang ke.

jiwang pun jiwang la labuuu.

da malas nak cari tempelat. titik.

ni haa... aku jugak malas nak kopi wijet.

jadi semua wijet da ilang. titik.

oke babaiii..

1 pesanan : jangan makan banyak nanti boyot. titik.

18.9.09

weii rakan dan taulan..

weeiii..xdak selipar nak ghayaaaaaaa.
tetinggal kat serdang sapa suoh.
oke salah sendirik.
nak beli.
memilih sangat kot.
nak yang mughah tapi lawa.
satgi aku pakai kasut seport tu dengan baju kurung. amacam?
kepada semua belogers tegar yang tak henti menaip ayat mencurah-curah cem banjir kilat kat kepala senantiasa.. hakuna yang comel debom ini mengucapkan:
--sELaMat HaRi RaYa aidiLFItri--
ampun maaf zahir dan batin.
ewaH macam kat perantauan. piwwiiit..

15.9.09

jom balik kg!

da xdak mud nak kija. paham x?...da xdak mud oke.

aku nak balik kampung ! sekarang! mari! balik kampung! mari! shuuh..shuuuh...

mari kita tinggalkan bumi kota ini biar gersang dan tandus.

yang penting nak balik jumpa pakwe lama. auuuww!


oke. ari kamis ni baru balik oke. bukan sekarang oke. rilek..rilek..

6.9.09

aku masih ingin hidup..

ari ni bopa aribulan...?

6 september !!!

nombor yg aku nanti-nantikan.

" SELAMAT HARI ULANGTAHUN KELAHIRAN puteri kayangan yg bernama hakuna.. "

terimakaseh kpd- siti zaiyani zulnaidi dan 'dia' . awal pagi yg sgt manis. thenks.


terima kaseh kpd Tuhan krn masih pnjangkn nyawaku.
terima kaseh kpd emak krn bertarung nyawa melahirkan aku.
terima kaseh kpd ayah krn membanting tulang 4 kerat untuk membesarkan aku.
terima kaseh kpd along.kak.abang krn memanjakan aku.
terima kaseh kpd k.Long-sepupu yang sentiasa di sisi aku.
terima kaseh kpd kawan-kawan sepermainan dulu.kawan-kawan SKPS.kawan-kawan SMKPS.kawan-kawan UTHM.kawan-kawan Rotu.kawan-kawan diploma.kawan-kawan Pangsapuri.kawan-kawan KTPC.kawan-kawan Fujitsu.kawan-kawan Pizza Hut.kawan-kawan serumah.kawan-kawan Kem.Pelajaran Malaysia.dan kalian..terima kasih kpd kalian kawan-kawan maya.


TERIMA KASIH semua!!..kerana membawa warna-warni pelangi ke dalam hidupku.

27.8.09

kenaPa ni..

aku bukan .
bukan.
x buleh.
xboleh tahan.

rindu wajah lama aku.
yang ada sebaris gigi lawa tu.

nak nanges.
xbuleh tahan.

uwwwwwwwwwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

20.8.09

aku nak demand. boleh ke

aku xnak buat .
boleh ke aku demand.
melakukan sesuatu perkara yang tidak disukai hati.
apa daya.
ambil ia sebagai satu cabaran dan dugaan hari-hari.
duit untuk hidup. ya. aku nak duit.
teringat kata-kata seorang kawan.
"kita kejar dunia. akhirat pun kena kejar jugak. "
yurp.
insyaallah..
aku tidak akan lupa daratan sebagai hamba Allah.
pijah..boleh kaya ke??

gambate.

ikite ne. hakuna kun.. zutto ikite.!

21.7.09

----------------

counting days. apa perasaan?? tidak tahu. terus terang. pijah tidak tahu. aargh. rasa macam nak lari-lari dan panjat pokok rambutan. main tarzan swing dalam bangsal. tuju kasut pada buntut orang. gelak kuat2 sampai nampak anak tekak. but..you!have 2 be mature

akhirnya aku akan grade. tahniah untuk diri senirik walopun aku tersangat benci dengan title itu. kenapa huh. walopun aku tersangat benci..hati aku tetap tersenyum. agaknya mungkin ini la apa yg sema graduan merasa. bukan. aku sikit pun tak hepi dan bangga. jadi apa ye...

grade lambat setahun daripada tarikh yg sepatutnya. pijah korbankan 1semester hanya kerana palapes??? semua orang tekejut dan tebeliak belalak. yayaya.. saya telah mempostpone latihan industri kerana kasih sayang yg tidak terhingga kepada training palapes. adoi.

rindu pada UTHM. pada Rotu UTHM. pada dIT.. pada Fujitsu. pada Parit Raja. will b right there soon!. semua org tidak boleh menghadiri konvokesyen aku walaupun femili. amaran telah dikeluarkan. tolong jangan hadir. kerana aku benci dengan diri sendiri yang gagal.
leave me alone.

----------------- titik panjang ---------------------------------------------------------------

23.6.09

--- orang kat mesia ngokngek --- nak balik kayangan ;(

bila korunk naek moto kan..
pastu kan..
enjin moto tetibe xdapat befungsi kan..
ape korunk buat?? huh....

penat auw tolak moto cam nak patah pinggang
atau ada sesapa nampak minah tepi haiway tengah besusah payah tolak moto kemaren
kalo anda adalah orang yang tengah lalu lalang tu

ke sini cepat!! aku nak gigit
xde pon prince charming tulong ;(
ami cedey......................................................;( ;( ;( uwwwaa. suma orang kat mesia ni jahat.

seb baek puteri kayangan ni tak jatuh pengsan
kalo x jawab la korunk ngan raja burung enggang. dush!dush!dush!

17.6.09

title tu apa? kami tak paham la..

sekali lagi otak kacau bilau. takde pape nak tulis. byk sangat monolog dalam diri. tah mana satu nak dengar. aku gigit jugak kang hati ni. aiiiish! jgn gigit. kang masuk sepital sapa nak derma lak. rindu dekat budak tu. budak yang dah curi hati aku bawak balik umah dia. berani u curik hati i?? muehehe..

tiga hari dah rasa macam tiga tahun. travel dari batu caves ke serdang ke pijah? ye..travel. naek moto okie.. dah sakit perot. angin masuk. macam2 angin yang tembus ke usus besar usus kecik ni. caket......lepas tu kalo angen jahat tu kuar okie la. kalo xkuar? merana la...(kalo angen tu kuar..aku oke. tapi orang lain yg merana hehe) sabar...sabar...sabar...sabar...sabar....sabar...macam bezikir pulak bunyinya. aish2...

mencari sinar! aku nak terbang macam burung gagak. tapi burung gagak jahat. aku nak cantik macam burung merak! tapi burung merak bongkak. oh ya. macam mana zirafah tido?? pelik lak..

yelah. **pijah has been signed out **. kata yehu mesenger belogsepot tersebut. sayang seorang kawan dengan cinta seorang kekasih banyak bezanya. aku sayang korunk!

4.6.09

mendidih aku! mendidih.!

p sanaaaaaaaaaaaaaAAaaaaa. huh huh. menggeli anak tekak. penat jerit .begema suara aku satu taman bandar baru. baru nak tekedek-kedek lari kuar bilik. huh. baru tahu aa..tapi sangkaan aku meleset,xsampai lima minit pon dia mai balik. tak makan saman sunggoh budak ni. oghang nak buat keja la! jangan kacau boleh dak hah! menggesel-gesel plak. conteng buku skola hakku plak! kuwang ajaaaaaaQ. DUSH! mengalir darah. meletup. uwaaaaaaa..menangis sudah. anak manja mak..baru sikit da teyyak. huu..bersalah la pulak. rasa macam nak ambek dakap2. syuup..syuup..jangan teyyak. sori..sori..nak pujuk tapi ego. ego. ego. ego. da kompem2 kena marah dengan mak. apa hang buat adik macam ni. dia nak main dengan hang ja pun. adoila...kesian gila tengok tahap sedih nak nanges sekali tapi padan muka .haha kena cucok dengan pen kat batang idong. kan da belobang..ha tu la kacau aku wat gheja skola lagi. p main jahuh2. shuh .. shuh..


ni ha budak hitam legam ni. pejam celik pejam celik da besar macam gorila pun. dulu aku yg slalu buli dia tp sekunk aku yg dibuli dia. uwwwwaaaa

notawarnawarnipelangi : we are proud of u, bro.

ye la mak..

pijah hg xdak baju besaQ-besaQ ckit ka? hudoh la weiiiii.. sambil kacing gigi.
tecengang aku. ler. kecik ka mak. mana ada.. oke apa ni. sambey belek2 baju sniri d ateh badan seniri. 
hiy. oke hg kata. isi kot nu. isi kot ni. tak malu hah oghang dok tengok. hang p beli baju laen.
pasrahnya aku...iyyala mak. bahek. bahek. bahek. 
jenjalan kat pasar apa tah d gannu. jumpa baju best. memang besaaaaaaaaq.. puash hati. xsabaq tunjuk mak. hehe.
lailahailallah....ya allah pijah oi. hang p beli baju macam ni??? 
gila cangang aku. pelik malaun. 
awat lak mak. ish..macam2. huuu.. apa lagi la mak aku ni. 
hang ingat lawa sangat la baju tapak kaki besaq gegasi kat badan hang tu??pakai la baju elok2 ckit.. 
heh???????? adoila..sengeh kerang busuk je la yg aku mampu. jalan wat donno.. <--dasar anak ketegaQ. 

3.6.09

la..habbba* .

hapa la nasib ni.
hp osak
notbuk lembap
intenet sellow
duit tadak
berodbend lom bayaQ
umah sewa lom bayaQ
bil selekom lom bayaQ
lesen lak da nak mati
tiket balik lom beli
cimb akaun kena bukak
ptptn utang lagi
aaargh.
adoi..caket pala

2.6.09

Jutawan cepat naik pelamin

tade kene mengena antara pelamin dan jugak hidup dan mati. mintak mahap. ngeeee~~~

jam 4ptg. 1 jun 2009. aku tido. dan memang kireje aku adalah memproses tahik mata je la berhari-hari. tengah menido ni..tiba2 ..toooot. aku terima satu mesej yang membuatkan haku tewos bangun dan gelak kahkahkahkah.
lawak aku rasakan lah. tehingat aku persembangan ym dengan naza semalam.

naza : pijah kita boleh percaya ke si H**** ni.
aku : tah. g la tengok dengan mata kepala senirik hapa menda senarnye bisenes mamat tuh.
naza : tu r..aku hengat centu gak.

jadi naza dan jugak teman seguling setiarap kami ni dulu iaitu Mira join jugak jumpa si H**** ni pada waktu dan tarikh aku tido tadi.
maap nama perlu dirahsiakan atas dasar melindungi kawan..hehek.

mesej lawak kahkahkah daripada naza tadi itu adalah berbunyi sebegini :

"hahahaha, ni aku de ngan H**** n mira. depa ni wat bisenes yg sama la. kakakakakakakakakakakakaka"

memang a korunk ghasa xlawak sebab tak taw pucuk pangkalnya. aku yg tau pucuk pangkal akaq ni memang lawak deh.
jadi biar aku cerita sikit demi sikit apa kaitannya si H**** ni ngan kitowunk. pada malam yang senarnya dah pagi ni, kitorunk pegi la minum minuman atas dasar berjumpa sahabat lah.

H**** : saya skunk tengah kalut nk beli kereta baru.
Aku : dengan bulat mata memandang dan bulat juga jantung aku. woooo.. hebat he. awak wat keje hape.
waktu ini naza hy mendengar tanpa perasaan pun. aku yg excited lebiey coz mata duitan. kerker
H*** : adalah. nanti saya bagitau. jom ikut p ofice. benda ni peraivett.hanya boleh dicerita di pejabat sahaja.
Aku : oo..saya ghasa cam tawu jek. jadi da bapa banyak awak tarik orang join. sambil menayang gigi belapis warna aku ni.
H*** : jangan sala paham..bisnes saya bukan macam tu. compiden woo..huhuhu poyo jek la mamat nih.
Aku : okie t bebila saya ikut awak ke ofice. heh mudah betui aku...

jadi aku ngan naza ni tade la nak sangat pun join menda tuh. sebab aku rasa aku da tawu.
cara cakap..cara intro..cara menarik..suma cara lah kecuali cara berlauk sama dan serupa. "ek ele"..cenggitu la dalam hati aku. tapi tape. nak gak taw kan apa bisenes hebat dia senarnya nih. hoho.

then, selang beberapa minggu naza buzz aku melalui ym..iaitu tarikhnya semalam lah nih. ayat2 ym yang muncul selom ayat di atas:

Naza : pijah, mira wat bisenes MLM. ada produk blablablabla...(malash aku nak list kat cni)
Aku : Jangan2 sama cem H*** tak.
Naza : aku da ty H*** dia cakap lain sangat. dia py bukan macam tu.
Aku : ooooo..okie..
jadi sambungannya adalah pesembangan ym di ataslah.

wahaha. ghupanya bila masing2 da berjumpa hari ni mengaku jugak si H***  bahwa bisenes mereka ini adalah bisenes yang sama jugak heh. mati2 dia nafi selom nih. adei~ kalo xpaham buek2 paham la yo. tak reti den nak ceghito ni.
tah la. menda ni senarnya buleh dipercayai ke tak. sistem piramid jugak kan.
aku tak berani nak komen lebeh2 koz aku sendiri pun tak berapa tawu pasal MLM ni.
mungkin betul ada yg masuk ni sangat2 berjaya. dan mungkin jugak muplish.. ini hanyalah pendapat aku. tak terniat untuk mengekspeloitasi pekerjaan dan jugak pandangan orang lain. kita ni nama pun lahir dari perut ibu yang berbeza..jadi tentulah pendapat pun turut berbeza. diulang sekali lagi. ini adalah pandangan dan pendapat akuk senirik....okie. peace2..rilek2..hehe 

apa yang membuatkan aku takkan melibatkan diri langsung dengan menda2 ni dan jugak seangkatan dengannya..aku teringat dan selalu mengingatkan diri dengan pesanan Irfan Khairi
"syarat untuk menjadi jutawan dalam perniagaan bukan dengan melibatkan diri dengan sistem2 atau skim seperti piramid..ejen dan sebagainya.
tetapi dengan usaha anda sendiri dan produk anda sendiri."

kata-kata tu aku pegang dan akan pegang dan pegang dan pegang sampai bebila.
peace 4 life. dan jugak 4 future life.

nak aman hidup jangan tinggal sembahyang..
mak aku selalu pesan dan pesan dan pesan dan pesan.
mintak doa dengan Allah hanya dengan melalui sembahyang ja pijah. jangan tinggal sembahyang. bersyukur la dengan nikmatnya. doa supaya kita dilindungi. dirahmati.

--aku..hari2 doa untuk jadi kaya. erk..syilap2 doa supaya dilimpahi rezeki..hehe--

bila aku nak kaya nih. $$$$$$$$$$

nota warna-warni pelangi: pijah adalah seorang mata duitan yang baek hati okie.

31.5.09

kahkahkah,. cam hapa jew

aku nak confess
tadi ada la JanKamben ni ajak aku register ni ha. facebook. lalalala
haku pon yang memang da lama nak join...terjoin la menda alah ni. 
cuma belom tebukak hati je. 
tulah..bak kata artis2 yang bercerai berai ni.."segalanya ketentuan Tuhan"..
rasa cam mengong pun hada gak. da ketinggalan zaman ni..hakhak.
owang lain da bepuluh-puluh kawan, aku baru nak merangkak-rangkak edit profile.
apa kesh..
jadi da alang2 da mengong..secara rasminya jugak aku mengejoin twiTTEr
ngehngeh
tah apa la guna seme ni.. xcukop ngan prenster nak blog.
dah ada blog facebook la plak. ni twitter plak dah.
tak dapat la aku nampak apa kegunaannya ni heh. 
xde pekdahnyo jang oi..
hish2..layan saja la labuuu
jadi kepada sesapa yang taktersegan tersilu ni..
silalah ADD aku. hahaha. blushing2. ;p 

lama xjawab tag. kekok. haha

tag yang didedikasikan ini adalah daripada eryn dan tiara. ex-classmate hakku..

1)Bekas kekasih saya adalah..
seorang lelaki.

2)Saya sedang mendengar..
mak merungut baju bertimbun. adei~ adik aku punya keje.

3)Mungkin saya patut..
jadi perdana menteri

4)Saya suka..
shopping. menghabiskan duit.

5)Sahabat-sahabat saya...
macam-macam ragam.. dan aku sangat sayangkan mereka.

6)Saya tak paham..
kenapa haku pendek????

7)Saya kehilangan..
duit-duit hakuk.. dihabiskan di kaunter bas. kaunter klinik. kaunter makan. kaunter the store.

8)Ramai yang berkata..
bil api dan bil ayaq naik!

10)Cinta itu adalah..
sbujektif. cinta pada Tuhan. cinta pada ibu bapa. cinta pada keluarga. cinta pada suami.

11)Di suatu tempat, seseorang sedang..
hoh. mana la nak p tau. lain la kalo ada power macam clark kent.

12)Saya akan cuba..
buktikan segala perancangan tercapai.

13)Ayat SELAMANYA membawa maksud..
hingga ke syurga.

14)Telefon bimbit saya..
sedang sakit. duit lagi.

15)Bile saya terjaga..
sudah tentu pejam balik.

16)Saya paling meluat..
pada yang seseorang yang hipokrit. berlagak ayu. berlagak bahek. berlagak rajin. wekk.

17)Pesta/parti adalah..
tempat untuk gather ramai2.

18)Haiwan yang paling comel pernah saya temui..
mawas!

19)Peringkat umur yang paling menyeronokkan saya ialah..
13-17 tahun.

20)Hari ini..
hari ahad.

21)Malam ini saya akan..
belek2 novel lama dan baca magazine.

22)Esok pula saya akan..
pegi gunting rambut. panjang sudey..

23)Saya betul2 inginkan..
sebuah kereta. tapi lesen belum ada deyh. hihi

24)Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini..
tahik mata.................................

25)Pusat membeli belah atau arked permainan..
dua2 heh.

26)Makanan barat atau jepun..
jangan tanya. aku balun semua beb. dua2 haku suke..

27)Bilik yang terang atau gelap..
xsuka gelap2. macam2 ada..

28)Makanan segera adalah..
tak bagus untuk kesihatan. masin. xsedap.

29)Ayat terakhir yang anda telah katakan pada seseorang..
apa tah heh. "okie"..jawapan kepada ajakan kakak aku tuk pegi potong rambut esok.

30)Siapa yang anda ingin tag..
ebribadi..senang citer seme follower aku, sila ambek tag ni dan jawab!

27.5.09

tadi. dan. tGv mines

tadi tengok syurga cinta. bapak laaaa aku layan jiwang. haha. cerita melayu ke2 yang aku terima logikalnya dan penyampaiannya. sebelum ni aku bagi 3bintang lebih untuk laila issabella sahaja. tapi skunk sudah ada pesaingnya ya.. cita melayu susah sikit la aku nak suka. dah bapa kali tekena.. rasa cam nak angkat kaki terus blah dari panggung. tapi sebbaik la syurga cinta ni okie. takde la nak timbul rasa nyesal sebab belum tengok night at d museum2. tak pun silap ari bulan kalo citer ni xsyok..kompem kene ghimbok ngan kawan aku sebab aku yang beria-ia gila nak tengok citer ni.hehe. well..cuba lah tengok ye.. awal gila besh. tapi best lagi aiman tomtombak tu la..

mak....


dah lama rasanya xpeluk cium mak. rindu mak. maaaaaaaaak.. nak balik kampung ni.,
nak balik jumpa ajiq adik kesayangan itam legam busuk aku tu..
nak jumpa anak2 buah aku yang comel2 gila........................
nak main chess kesayangan aku. novel2 kesayangan aku. hukhuk
tapi dah janji dengan zaiyanie nak pegi konvo dia minggu depan ni,. 
aku tersangat-sangat nak balik. nak balik. tapi kena pegi uitm. tapi aku nak balik esok jugak. tapi kena pegi uitm. huhu. berbelah bahagi betul. tersangatlah lama nak tunggu minggu depan. alahai..
aku tetap nak balik. minggu depan gerakla balik sini pulak ea.. sekejap je balik?? pulak.. hish2..
nak balik. nak balik. nak balik. tak kira. nak balik. nak balik. macam2 jadi kat aku lepas eksiden ari tu. lepas satu..satu.. tadi dah pegi klinik. kesian..kesian.. dan aku nak balik ngadu semuanya kat mak. kemaren dulu demam panas mak ari2 call. satu ari mau 3-4 kali mak call. tapi nak depan mata gak..huhu. nak mak pegang kepala..nak mak urut2 badan yang sakit ni.. nak mak buatkan air asam..nak mak paksa suapkan makan ubat. sebabnya aku memang xkan makan dengan inisiatif sendiri. hihi.. ari2 mak call tanya makan ubat x?? makan ubat x?? untuk sedapkan ati mak..aku mengiakan je la..mak pun diam la. esok dan esok tanya lagi..makan ubat belum? tapi lastly mak cakap gak " tak payahla nak bohong mak pijah.. " haha. pandai mak..rindu kat mak..... habes demam ada plak masalah lain. dosa banyak betul pijah. semoga aku sabar dan tabah...time sakit memang teringat mak la. huhu..time sihat pun rindu gak.. tapi xde la kronik . skunk dah xtahan ni. ;(


13.5.09

satu..dua..tiga..dan empat



star trek siri 2009 memang bez oooouuuh...
hero mengancam
action ciap terangkat oh
lawak-lawak..sampai tenganga gelak.
tapi gile..bukan aku gile. mamat tu.
ada mamat duk seblah aku. ley plak kentot dalam panggung
manyak kali pulaaak. xsenyonyoh!
eeeeiiiii. mau aku sula ***tot dia. busuk la wei.. nyesal lak aku tuko tempat ngan naza. grr..
tapi star trek 2009 lakonan chris pine as james t. kirk memang bez. wuhuuu. 
ada iras-iras pakcik aku la. pakcik brad pitt. hehe
melompat-lompat aku kuar panggung.
yihaa..<---mintak maaf pakcik..makcik..adegan tergedik.

8.5.09

michael bubblE


dulu cikgu aku slalu marah. 
jangan cakap bosan. tak baek. terima segalanya dengan positif.
ya. dulu aku memang optimistik. sangat positif.
aah. cepatnya bosan. nak tukar template baru. bosan. 
nak keluar dari kepompong usia sekarang. bosan. 
nak tukar pakwe baru. bosan. ewah...nah amek kau pijah. gedush!.
segalanya bosan. nak beli kereta. dah bosan naek moto. suram. muram. kulam. 

seronok kalo jadi bebudak balik. 
macam rebena tu. 'marilah bergembira bersama kami..' 
teringin nak melompat-lompat. tapi xde gang a.
sape nak ikut aku ke sclubbing? eh silap, bukan sclubbing la. ni ha,. pusat sukan. 
main wall climbing ke. badminton ke. main roller coaster ke. 
main haje eh pijah. keja malas. 
ni ha,.. aku jadi fobia untuk ke inteview. fobia ke bosan? 
tah. ape beza fobia dengan bosan...??

oh ya. sekarang jugak dah bosan.
maen prenster. maen ym. maen blog..dah sikit2 bosan. opps 
agaknya dah meningkat tua.
eh.
belum tua lagik eh..
dah genap setahun aku xbeli lagi cd/dvd korea..
dah genap setahun jugak aku xbeli cd/dvd jepun..
dah genap setahun jugak aku xbeli cd/dvd anime..
dah genap 4 bulan kot aku xbeli novel..
sekejap sudah.
macam dah melintasi 1 garisan kuning(bukan garisan biggest loser ea) yang xmembenarkan aku beli seme tu lagi . 
sebenarnye da nggak ada uang. hehe

bintang di langit
kerlip engkau di sana
memberi cahayanya di setiap insan

malam yang dingin
kuharap engkau datang
memberi kerinduan di sela mimpi-mimpinya
melangkah sendiri di tengah gelap malam
hanya untuk mencuri jatuh sinaran
tak terasa sang waktu
melewati hidupnya
tanda pagi menjelang
mengganti malam

oh bintang tetaplah
pastikan cahanya
sinari langkahku setiap saat
bintang pun tersenyum dengarkan pintaku
berikan kucupan di sudut tidurnya

menjadi sepositifnya pemikiran geissel enchanted
seperti bintang-bintang yang menyinar setiap insan
~~~~~~~~~~~~~~~

27.4.09

haaarp. nk geget.......


ku nurin irdina

ku nurin najlaa


rindunya maknjang pada kamu..........
maknjang nak geget nurin. harp!

24.4.09

"jika ayam jantan itu gagah. lelaki dayus itu apa? kura2 mungkin"

Entah dari mana datangnya sebuah perasaan
Aku ingin berkata. Bukan lagi berkata. Ingin menjerit. Ingin bagi penampar lima jugak. Juga terasa ingin bagi berkaki sepakan. Tepat pada sasaran. Go to h**l.

Memusnahkan sebuah perasaan yang suci. Terus menjadi satu trauma. Fobia. Benci. Maka tertutup pintu hati. Semoga dijauhkan penkid… kakpijah mendoakan nani..

Lupakan dia yang menjahanamkan perasaan nani itu. Jangan lagi toleh ke belakang. Pengecut. Dayus. Jika kau yang bernama ***** di pihak benar.. mari. Tunjukkan. Buktikan. Di mana kelakian anda. Lari lintang pukang seperti dikejar hantu. Berpeluh-peluh seperti banduan yang disoal. Lalu menunjuk muka simpati meminta belas. Dayus. Kenapa menuding jari. Ambil cermin. Dan lihat diri sendiri. Betapa malunya anda.. malu pada diri sendiri. Sudah tentu ditertawakan. Pengecut.

Usia semuda nani.. betapa kejamnya kau sebuah perasaan. Kenapa mesti wujudnya sketsa sebegitu. Jika penghujungnya sebuah penderitaan. Kejam. Manusia.. hati berada di mana. Tiadakah perasaan belas memperlakukan begitu..semuanya pentas lakonan. Benci aku kepada dia. Minta maaf. Anda bukan lagi kawan aku. Pergi jahanam. Aaaargh.

Merosakkan jiwa dan hati nani.. anda sedang berhutang dengan aku. Nani itu adik aku. Berani sungguh…. Sabarlah wahai hati. Mujur aku seorang yang bertimbangrasa. Mujur aku masih waras. Geramnya….
Kenapa. Usia semuda nani..kenapa Sketsa yang sekejam itu memilih dia. Jika aku sedang memiliki machine gun…. Dah lama aku masuk jail. Sabar pijah. Lupakan jantan tak guna tu nani!

sori. aku terEmo. geram. abaikan. hanya bebelan semata. sakit hati. pelik. ada jugak ye manusia yang macam tu ek. sendiri buat salah. sendiri bertanggungjawab. kenapa nak menyorok. macam kura2. minta maap kura2... disamakan pulak dengan lelaki dayus. erk.

---jadi. bertanggungjawab. sila hadir ke hadapan. betulkan segala yang kusut. bukan menusut---
dasar kura-kura...
geram betul. nak masuk campur ke xnak. ke nak biarkan. kalau masuk campur takut hati nani lagi sakit. kalau dibiarkan... aku tak puas hati. aku tak puas hati. hati oh hati..

22.3.09

alkisah seorang puteri raja

assalamualaikum

alkisah.
kenapa aku lama menyepi? mana aku menghilang?
almaklum..aku anak raja burung kasawari.
nak buat macam mana,,.. aku telah disunting putera raja pipit.
maka alkisahnya kenapa aku lama menghilang..........

aku berkerja selama 3 bulan ini.
indahnya. damainya.
yang penting sekali..dapat melompat-lompat macam kera.
menggedik-gedik macam tupai.
lepak ke pagi macam anak terbuang.
pergi jahanam kau sijil diploma aku.
antara aku dan pizza hut......
kenangan terindah ku. ewah.. boleh pulak.

hahaha.. jadi sudah terbongkar rahsia pekerjaan aku. terima kasih... jangan ketawa. ini bukan olokan. senyum cukup.

jadi hati sudah puas.
aku akan terbang pulang akhrnya.
kenapa..
sebab aku sudah dibuang. jengjeng..

satu malam yang takseberapa nak indah dan sepi.
jam 2pagi malaysia
aku tersungkur di tengah jalan.
macam mana nak cerita ye?
alahai.. short cut. aku accident.
uhuhu. ye.. aku dengan hebat dan gahnya telah melanggar divider jalan!
kebabom..!!
gelap. sama ada aku pengsan atau tertidur...
sampai sekarang belum dapat dikenalpasti.
yang aku sangat pasti.. rasa macam terjaga dari mimpi ngeri.
mimpi yang sebenarnya adalah realiti.
jangan tanya macam mana aku tersungkur.
jangan tanya siapa yang selamatkan aku.
jangan tanya kenapa aku tercampak ke utara. motor aku ke selatan.
jangan tanya..
aku hanya tahu ambulans sahaja.

kecacatan aku adalah kekal.
bersyukur masih hidup rupanya aku ye.
alhamdulillah.
jadi..
antara aku dan pizza hut Equine..
tamat akhirnya.

esok jahitan di bibir akan dibuka.
lusa aku akan pulang ke sarang.
selamat tinggal......alahai jiwang.


p/s: tolong jangan boikot aku. aku juga menyokong gaza.
ampun..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...