tengs y'aLLz.. kerna diriku begitu berharga- sroowt..sob10x

30.12.08

--Time 4 Change --


setiap tahun adalah perkara yang sama,.
banyaknya yang belum tercapai
tetapi sudah ingin mempunyai azam yang baru. ;p

salam maal hijrah 1430H...
selamat datang juga untuk 2009..
umur pulak sudah meningkat
lepas ni.. kalau nak isi sebarang borang.. aku dah kena remind kan tangan aku ni..
umur dah 22 tahun. bukan lagi 21 tahun walaupun belum mencecah hari lahir.
tapi itu adat dunia. seluruh dunia mengikut peredaran masa.
setiap kali tahun menginjak naik.. umur juga akan menginjak naik.

azam?? aku hanya ingin disayangi, diberkati dan dirahmati Allah swt.
tiada yang lain.. semoga iman aku bertambah kukuh untuk melawan segala dugaan dunia ini.
sebagai hambaNya yang lemah.. aku seringkali tersungkur.
jatuh di kaki bisikan syaitan nirrajim.. tapi sebagai hambaNya, kita harus percaya..Allah itu Maha Pengampun bukan.. ;)

jujur.
azam aku untuk tahun ini.
jujur pada Allah SWT.
jujur pada diri sendiri.
jujur pada emak ayah.
jujur pada keluarga.
jujur pada teman.
jujur pada haiwan.
pada segalanya makhluk Allah.

bukannya senang untuk menjadi jujur. jujur dan telus itu lahir daripada hati.
hati dia jujur..telus..itu yang orang akan lihat.
jujur bukan bermakna berterus terang.
tetapi hati yang jujur adalah hati yang suci, bersih, ikhlas, rela, dan sangat telus. jujur yang lahir daripada hati inilah yang akan terpancar pada wajah, percakapan, dan perbuatan.

"permulaan untuk menjadi jujur adalah solat".
satu ungkapan yang amat bermakna, yang aku kutip daripada sebuah majalah.
semoga tahun 2009 dilalui dengan hati yang jujur dan telus.
amin..

nota warna-warni pelangi:
dunia ini indah.. tetapi hanya mereka yang optimis sahaja mampu melihatnya. ;)

9 comments:

afixz said...

semoga segala azam awak akan tercapai.. ;-)

Nazra said...

putih bersih template mu ini.
seriously bukn senang nak jujur pd org. smoga kita mampu melakukannya ^_^

goasop said...

salam maal hijrah 1430 dan selamat tahun baru 2009!

semoga semangat kita kekal sepanjang tahun! ehe

~ochie~ (^_^)v said...

whua.. jujur ya tema c pijahh tahun ni.. hakhak.. AMin.. untuk ko pijah.. aku doakan yg terbaik buat ko.. ok... gambate...

chi am said...

selamat menyambut tahun baru.. dan menzahirkan azam anda..

cacen86 said...

moge2 sume azam akan tercapai....

Monkey D Luffy said...

slmt thn baru... semoga tercapai azammu... tersedak mr azam skang ni

Monkey D Luffy said...

slmt thn br

pijah said...

hihi... temeseh semua. sy sangat menghargai.. muah!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...