tengs y'aLLz.. kerna diriku begitu berharga- sroowt..sob10x

21.12.08

~Assalamualaikum~

yiiha!.. lama rasanya tak menjenguk. semalam ada masuk, tapi sekadar lalu lalang.. buang sampah sarap sikit.. gantikan dengan yang baru. tu tu.. lagu if i were a boy.. oke gak la ek..ek..

salam kasih--rindu dan sayang untuk semua!

aku?? aku sentiasa runsing--bepusing-pusing mencari arah.
pening rasanya.... mana ye arah tuju. demand pulak banyak.
untuk adik2.. belajar rajin2 ye.. jangan jadi macam kakcik nie.
dah gedabak macam nie.. baru terasa menyesal dan nak berpatah balik.
roda masa berjalan sehala.. mana nak carik u turn???kan..kan..
tapi...
kita kena optimistik! hidup mesti diteruskan!

aku ada baca majalah solusi. pernah baca x??
menarik... dan aku ambil ayat di bawah nie.. khusus untuk simpanan aku sendiri..

"Merancang dan berkerjalah dengan apa yang ada di dalam tangan. Jangan bimbang akan hal-hal yang tidak menentu di dalam angan-angan. Yang di tangan itulah yang sebenar. Yang di dalam angan-angan itu masih samar. Kita tidak mungkin hidup di dalam dua alam yang samar- masa lalu yang telah menjadi memori; dan masa depan yang masih ilusi. Hidup yang hakiki ialah hari ini. Itulah yang realiti."

sebagai ingatan dan pedoman aku sepanjang zaman...
semoga aku terus bangkit dari angan-angan dan mimpi-mimpi lama...
pedih rasanya.. pedih ulu hati bila terpaksa mengatakan.. "gudbye" kepada mimpi yang dicipta indah.
tapi ini realiti. realiti yang mesti digenggam walaupun berduri.

sepanjang minggu-minggu lepas.. aku mula menganyam mimpi.
mimpi lama yang terputus di tengah jalan suatu masa dulu.
dengan semangat dan azam baru, aku menganyam kembali..
aku nampak jalan itu. dan aku terlalu berharap. terlalu...
sehingga aku bersengkang mata membuat reaserch dan memantapkan kembali memori lama.
supaya aku mampu mencapai ia semula..

tapi.. ia hanya tergantung.
perjalanan aku memerlukan pengorbanan keluarga.
tentu sekali payah....payah untuk meyakinkan mereka semua.
aku tidak mampu bergerak seorang. jadi.. ianya hanya tergantung.
takdir Allah.. siapa yang mampu lawan. mungkin doa dan tawakal aku tidak mencukupi.
atau dosa2 aku yang terlalu banyak telah menghalang..
siapa tahu.. segalanya telah ditentukan..

mimpi itu tidak akan musnah.
itu adalah cita-cita aku. cita-cita yang sentiasa aku impikan.
tapi sekarang..
aku sedar. aku perlu. mengucapkan gudbye untuk aku bangkit dari mimpi.
supaya hari ini yang hakiki mampu untuk aku lalui.
pedihnya.... hanya aku dan Tuhan yang Mengetahui.

1 comment:

goasop said...

majalah solusi? erkk. xpenah baca. =)

tapi ayat tu mmg best~ hari ini adalah realiti. semalam hanyalah memori.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...