tengs y'aLLz.. kerna diriku begitu berharga- sroowt..sob10x

30.12.08

--Time 4 Change --


setiap tahun adalah perkara yang sama,.
banyaknya yang belum tercapai
tetapi sudah ingin mempunyai azam yang baru. ;p

salam maal hijrah 1430H...
selamat datang juga untuk 2009..
umur pulak sudah meningkat
lepas ni.. kalau nak isi sebarang borang.. aku dah kena remind kan tangan aku ni..
umur dah 22 tahun. bukan lagi 21 tahun walaupun belum mencecah hari lahir.
tapi itu adat dunia. seluruh dunia mengikut peredaran masa.
setiap kali tahun menginjak naik.. umur juga akan menginjak naik.

azam?? aku hanya ingin disayangi, diberkati dan dirahmati Allah swt.
tiada yang lain.. semoga iman aku bertambah kukuh untuk melawan segala dugaan dunia ini.
sebagai hambaNya yang lemah.. aku seringkali tersungkur.
jatuh di kaki bisikan syaitan nirrajim.. tapi sebagai hambaNya, kita harus percaya..Allah itu Maha Pengampun bukan.. ;)

jujur.
azam aku untuk tahun ini.
jujur pada Allah SWT.
jujur pada diri sendiri.
jujur pada emak ayah.
jujur pada keluarga.
jujur pada teman.
jujur pada haiwan.
pada segalanya makhluk Allah.

bukannya senang untuk menjadi jujur. jujur dan telus itu lahir daripada hati.
hati dia jujur..telus..itu yang orang akan lihat.
jujur bukan bermakna berterus terang.
tetapi hati yang jujur adalah hati yang suci, bersih, ikhlas, rela, dan sangat telus. jujur yang lahir daripada hati inilah yang akan terpancar pada wajah, percakapan, dan perbuatan.

"permulaan untuk menjadi jujur adalah solat".
satu ungkapan yang amat bermakna, yang aku kutip daripada sebuah majalah.
semoga tahun 2009 dilalui dengan hati yang jujur dan telus.
amin..

nota warna-warni pelangi:
dunia ini indah.. tetapi hanya mereka yang optimis sahaja mampu melihatnya. ;)

26.12.08

-- waaah.... ---

salam... assalamualaikum semua.. hati berlagu riang. lalala
aku hepi ++++
sebabnya.. satu hari kuaq ngan kawan baek aku nie. hihi
memang xley duduk la kalo xda kawan... seyes.. seyes..
borink tahap cipan tegolek

aku nk p kutip award.. masuk cc ni pun sebab nak tempek award yang aku da lama dapat. sori ye.. aween dan cacen.. terima kaseh sangat kepada semua yang tak pernah lupa aku..
aku tak tempek bukan bermakna aku tak menghargai taok..
aku sentiasa menghargai. sangat2 walaupun korunk cuma lalu lalang kat tempat kudus ni.
walaupun korunk masuk dan kuar terus tanpa bersapa pun... aku sangat menghargai. ye la.. sekunk ni aku nak tampal la ni.. okeii.. muah lah!

i . award daripada awin ajeera

cantek sangat power puff n monyet tu.. macam tau2 je ni aku suka monyet ek awin.. nyet nyet...


ii. award daripada cacen

cacen nie memang kreatif gile.. rajin je dia memain dengan edit2 nie. kalo sesapa nk tempah kad apa2 pun.. sila mengunjung blog cik cacen ye.. ewah memandai lak aku. ni ha.. cantek kan.. ;)


iii. sekali lagi award daripada awin .. hm.. thanx...pijah wat muka xmalu mengambil dan menempel. jangan marah. lallala.... haha termalu la pulak nie. adus.. sebb aku bukanlah popular pun.. haha.


iv. dan... daripada luth textile. perkh... betul ke aku boleh amek. aku amek ek.. ek.. aku amek tampal ek.. gulp. segan.... ;)

terima kaseh sangat sebab xpernah lupa aku yang kudus ni(tapi xde kudis okei..) .. sori sangat sebab da jarang menyibuk kat blog korunk sume. masuk tenet pun kejap je. almaklum a.. kudus.. duit xdak nak pasang tenet. huhu..
rasa segan pulak asek amek award daripada orang.. tapi aku xde pun bagi ek.. nanti2 la.

jom membilang hari untuk ke 2009............................................

21.12.08

~Assalamualaikum~

yiiha!.. lama rasanya tak menjenguk. semalam ada masuk, tapi sekadar lalu lalang.. buang sampah sarap sikit.. gantikan dengan yang baru. tu tu.. lagu if i were a boy.. oke gak la ek..ek..

salam kasih--rindu dan sayang untuk semua!

aku?? aku sentiasa runsing--bepusing-pusing mencari arah.
pening rasanya.... mana ye arah tuju. demand pulak banyak.
untuk adik2.. belajar rajin2 ye.. jangan jadi macam kakcik nie.
dah gedabak macam nie.. baru terasa menyesal dan nak berpatah balik.
roda masa berjalan sehala.. mana nak carik u turn???kan..kan..
tapi...
kita kena optimistik! hidup mesti diteruskan!

aku ada baca majalah solusi. pernah baca x??
menarik... dan aku ambil ayat di bawah nie.. khusus untuk simpanan aku sendiri..

"Merancang dan berkerjalah dengan apa yang ada di dalam tangan. Jangan bimbang akan hal-hal yang tidak menentu di dalam angan-angan. Yang di tangan itulah yang sebenar. Yang di dalam angan-angan itu masih samar. Kita tidak mungkin hidup di dalam dua alam yang samar- masa lalu yang telah menjadi memori; dan masa depan yang masih ilusi. Hidup yang hakiki ialah hari ini. Itulah yang realiti."

sebagai ingatan dan pedoman aku sepanjang zaman...
semoga aku terus bangkit dari angan-angan dan mimpi-mimpi lama...
pedih rasanya.. pedih ulu hati bila terpaksa mengatakan.. "gudbye" kepada mimpi yang dicipta indah.
tapi ini realiti. realiti yang mesti digenggam walaupun berduri.

sepanjang minggu-minggu lepas.. aku mula menganyam mimpi.
mimpi lama yang terputus di tengah jalan suatu masa dulu.
dengan semangat dan azam baru, aku menganyam kembali..
aku nampak jalan itu. dan aku terlalu berharap. terlalu...
sehingga aku bersengkang mata membuat reaserch dan memantapkan kembali memori lama.
supaya aku mampu mencapai ia semula..

tapi.. ia hanya tergantung.
perjalanan aku memerlukan pengorbanan keluarga.
tentu sekali payah....payah untuk meyakinkan mereka semua.
aku tidak mampu bergerak seorang. jadi.. ianya hanya tergantung.
takdir Allah.. siapa yang mampu lawan. mungkin doa dan tawakal aku tidak mencukupi.
atau dosa2 aku yang terlalu banyak telah menghalang..
siapa tahu.. segalanya telah ditentukan..

mimpi itu tidak akan musnah.
itu adalah cita-cita aku. cita-cita yang sentiasa aku impikan.
tapi sekarang..
aku sedar. aku perlu. mengucapkan gudbye untuk aku bangkit dari mimpi.
supaya hari ini yang hakiki mampu untuk aku lalui.
pedihnya.... hanya aku dan Tuhan yang Mengetahui.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...