tengs y'aLLz.. kerna diriku begitu berharga- sroowt..sob10x

31.10.08

aku .. sudah .. malas

sangat malas. aku sudah malas. sangat stress lah! aku malas nak buat baek dengan orang lagi. malas nak baca buku lagi. malas nak berblogging lagi. malas nak baca blog orang lagi. malas nak ber ym lagi. malas nak menyembang lagi. malas nak bercerita itu ini..itu ini. sangat malas! dan sekarang aku nak makan biar gemok. biar nanti semua orang xkenal sapa itu pijah lagi. aku jugak nak pegi wall climbing!!

--sangat stress lah.. kenapa.. dah cuba macam2.. tapi tetap tak boleh hilang ..kenapa.. --

30.10.08

aku bukan untuk kau.. dan kau juga bukan untuk aku..
so!! shut up and drive..

jangan kau muncul lagi. aku .. sudah .. pening .. dengan .. kerenah .. hati .. bongek lah!

semua orang cakap.. hang ni..macam budak kecik. xmatang.
sama ada aku yang lambat atau usia aku yang cepat. tapi gigi gerham bongsu dah tumbuh. entah apa2.. mak selalu cakap .. "hang ni pijah..cuba duduk macam orang yang dah habeh mengaji sikit.." entah. apa yang silap ..huh! selalu mengeluh. itu yang xsuka tu. tengteng..

mungkin disebabkan matang tak matang tu.. semua orang tengah sibuk merancang apa yang aku patut buat. pijah..ini lah. itu lah. yang ini lah okey.. bagus. ish..yang ini lah ..jangan amek yang itu. bila aku geleng kepala.. tak mau. ini pun xmau. mesti ada yang naek angin. "abes??hang nak apa. cuba cakap " aaaa. macam nak jerit "aku..bukannya bu dak kecik lagiiiiiiiiiii !! " patut ke cakap..apa yang aku nak.. ;(

--apa yang orang lain pandang tentang kita mungkin betul., terima kasih untuk mereka2 yang selalu mengambil berat.terima kasih untuk segalanya--kadang2 benci menjadi budak kecik tapi kadang2, tetap terselit rasa bahagia--sebenarnya diri sendiri jugak yang membenarkan semua ini terjadi..aku sedar tentang itu-

bla bla bla

aku .. sedang .. lelah

ingatkan sudah tamat. rupanya masih banyak yang belum selesai.
cukuplah.. aku sudah penat.
kenapa mesti teruskan lagi. mak.....

--kalau bukan memikirkan insan2 yang banyak berkorban..sudah lama aku tinggalkan segala yang sangat melelahkan ini.--

29.10.08

kenapa ye..kalau terasa nak menangis mesti teringatkan seseorang yang jauh dari sisi..
kenapa tak teringatkan meja ke..kipas ke..

--jam.. berhentilah kamu berdetik! aku sangat gelisah--

28.10.08

anak2 kecil main api

bila kemalasan melanda tak payah cakap lah. nak bikin apa pun semuanya malas. kalau nak makan pun sudah naik malas apatah lagi nak buat sesuatu yang memeningkan kepala. memang daripada azali cik pijah bukanlah seorang yang rajin berusaha..kalau pakar motivasi tengok mereka akan cakap "budak ni tidak ada misi, visi dan langsung tidak berinovasi dengan dirinya". semua dibuat last minute. mak dengan ayah tengok pun geleng kepala sudah. tak payah nak cakap banyak menghabiskan buih dia buat pekak ajek. dan sekarang, beliau ni dah malas nak tahep bebanyak.

'Engkau laksana bulan- PRamlee - ' uph.. lagu-lagu p ramlee semuanya menusuk jiwa tahap terpanah arjuna yang tajam. mengapa kudiseksa..kenapa kita bersua..berjumpa dan bercinta tetapi menderita...cikpijah sedang melayan..

jiwang ah! semalam ada orang bukak radio sinar fm kuat2 dalam bas. semua lagu zaman2 ziana zain yang kuar. dah berapa kali aku bagi signal. 'bang! tolong tutup radio tu boleh tak! ' dalam hati jer ar..pelepasan bom masih berada di tahap kawalan. tapi itulah.. tak paham bahasa hati mamat nih. rasa macam nak baling je slipar kudus ni biar masuk mulut.

26.10.08

~yeay~

aku dilamun lagu sally's song nitemare nih. sedap pulak dengar lagu berantu Amy Lee.
nnti nk upload masuk blog.
itulah semua kerja nanti2..semua nak tangguh..

malam ni kul 11.15 naek bas. yeay!
nak menuju ke selatan balik batu pahat. yahuu....
hekhek. ada sesape nak order otak2 ke,.. humm..
rindunya..nak jumpa kenkawan yang setiarap dengan aku dulu.. kenkawan sekelas dulu pun rindu gak. entah sempat jumpa ke x. berangan je lebey cikpijah.

25.10.08

bongoK ah!

benci ah ari ni!
ilek a. lampu tu baru ja ijau. xyah a kalut. aku taw a beb! dah hon suda ah. xyah a nk preh2 minyak injin lak. tau a minyak baru tuwon. dah tuh tunjuk muka tongek. bawak laju-laju depan tu merah gak. apa kepunya orang. pakai landcruiser buruk ja. cam hensem. blah ah! bongek!! benci ah ari nih. benci,..

tetibe lak ada orang petikai kan pasal masa depan. benci.. aku tau la loan dah lepas ke mana hala. aku taok a dia dah beli keta. apsal nak bandingkan dengan aku plak. benci..................................

duduk kulim nih xde member. lagik benci! nak balik batu pahat! hukhuk

makan mcFlurry ..... mcChicken spicy pun sedap..

rindu plak kat sum1 nih.. mana nko nih! aku tengah gundah gulana tau ak! menghilang plak.. huhu

24.10.08

~nih..nak citer~

hikhik..menci ah. kang nanti aku cita kat cni kang dorang ckp 'ha..tu nak tulih dalam blog a tuh' menci. menci!. hukhuk
ah eran apa akuk. suka ti ah.

nih..nak habaq.. tadi ada umah tebuka di rumah kami.. yeay! adalah suma staff ktpc dijemput..dan jugak sanak sedara. tu je.. gambar xsempat nak amek hehe. dsebabkan kekalutan melanda, bat hp abes xsempat nak charge. kamera pulak. dah lama xguna. huh. ada la.. bebrapa snap yg sempat sblom hp nie padam.. taraa..

ni lah tok dan adik kesayangan aku..tok yang kecik molek. masih lagi sehat beb..aa ni budak kampung mana tah. tengah bt kek coklat xmenjadik. ngee~~

sonoknya.. menunya adalah :
nasi daging+air asam, ketupat+rendang ayam dan laksam..

nasik daging ayah memang best..sebut je ayah nk masak nasik daging.. kompem suma orang datang makan..hihi
hum..nyum2x. nasi daging pn ramlah dan pakya adalah yang terbahek! hakhak.. saaaayang mak! yang paling besnye.. bila maknjang yang dah lama xbalik kampung pun ada tadi. hukhuk..
yeay!

23.10.08

~Apa kebenda lah..~

assalamualaikum dan salam kasih sayang.

ni ha.. semalam nengok cita ni. i'm not single..yela2 aku taok aku dah ketinggalan zaman
memang da lama nk nengok. tapi xtertengok. jadik bila kebetulan ada kat kirana dan dah tebukak depan mata.. tengok la apa lagik. cerita nie memang bes. banyak unsur lawak bo***. huhuhu.. rasa macam tengok filem project assignment. hakhakhak.. cam bongok je..

hahah..publisiti gempak abeh.. selama ni aku rasa macam.. macam ruginya xtengok. macam..nak g beli dvd..macam..nak marah2 kawan aku tuh. sebab dia ari tu aku xleh tgk citer nih. ktorunk g tgk dark nite. tapi sekrang.. aku nk cakap time kaseh la.. hahahaha. aku dgn along aku mmg gelak sakan lah terlihat kepada lawak2 nih. gelak kepada feeling yg xmenjadik. tetibe nk mintak cerai. apa kes. dah tuh lari terhinjut2. hikhikihik.. dah tu dgn ahmad idham dan bosnya.. adoyai.lawak abeh. hahahahaha. huhuh. geli perot nengok cerita ala2 korea ni. waaa~~dan akhir sekali baru aku taok..rupa-rupanya..tipah tetipu. sian kat ko pierre andre.

22.10.08

~nah! hutang tag kamu mr.Lutepi~ gedush..

oh ya.. disebabkan wifi down kemaren, aku xsempat nk letak senarai victim blog kudus ni..
nah amek ye korunk2 sume..wahahaha. xjawab siap. aku ketuk kapla...

[i] bb syasya
[ii] linda
[iii] ira
[iv] bytie
[v] k.a Adan
[vi]Yati Mucuk

[01] Real name:
Hafezah binti yahaya(ah tidak..aku telah announce kat sini)

[02] Nickname:
Pijah Fezah cikpijah pj

[03] Status:
Bujang Anak dara belum berkahwin single available

[04] Zodiac Sign:
virgo

[05] Gender:
pemale

[06] Age:
20 + 1

[07] High School:
Sekolah menengah kebangsaan pokok sena.

Mana pegi soklan no8?

[09] Height:
153cm(the hobbit)

[10] Weight:
limifamapumuluhmuh

[11] Do you like yourself:
Suka..Much!much!much!

[12] Piercings:
apa kebenda soklan nie... Kami xpaham bi

[13] Right or left:
Lagi xpaham.

[14] Are you a freak :
Kaki ada.tangan ada.mulut ada. Huh normal2

[15] Hair:
itam berkarat

[16] Skin:
Tidakputih+tidakhitam+tidakmulus+tidakkasar

[17] Allergic:
Makan daging kambing Katak ong Katak pisang

[18] What are you doing now:
Ngah mengong jawab tag

[19] What will you doing 1 hour later:
buat kerja

THE FAMILY
[21] Live with mother/father/parents/family:
Apa kemenda.. motha+fathe=parents=family.

[22] Siblings(included you):
5 orang. Aku anak yg ke4(xtanya pun aku ckp gak)

[23] Eldest:
Along(kakak)

[24] Youngest:
Ajiq(boy)

[25] Love/hate your family:
Apa kepunya soklan pulak aih. Mestilah sayang!

THE LOVE
[26] You found your another half:
Haha..ya!

[27] If yes, who is he/she:
loan

[28]Who you want he/she to be:
Ngeh3x..kut suka dia le nk jadi pa. huhuh

[29] Time(s) you in relationship:
Lama dah. Semenjak kecilan

[30] Ever woo boy/girl:
oh..penah2 haha(aku memang gatai)

[31] Anyone woo you before:
Ada2 ngee~~

[32] Did anything wrong to your other half:
Ok ja. Ada kaki tangan mulut idung..lengkap!

[33] What was/were the wrong you had done:
Apa heh..tah.

[34] Ever argue with your other half:
Penah la

[35] You with your other half since:
Kan dah kata sejak kecilan

[36] Are you straight/lesbo:
straight

[37] Reasons you love your other half:
Sebab dia memang kesayanganku

[38] You and your other half in which stage:
Apa kepunya soklan. Bz body.ngeh3x

[39] You woo he/she or he/she woo you:
Sama2 woo! wahaha

[40] Ever think of marry he/she:
gila. Aku pompuan dia pompuan. Kheee~~~

THE FRIENDS
[41] Your first best friend:
Shuhaida(drjah 1-drjah3)lepas 2 dia pindah..igt lagi muka dia smpi skunk. Huhu..lamanya xjumpa. Aku rindu kamu…!!

[42] Your first enemy:
Xde kot,..

[43] The friends you love the most:
Zaiyani!syakirah!loan!

[44] The enemy you hate the most(1only): -

[45] Your most beautiful girl friend:
suma kenkawan aku tesangatla biutipul..hihi

[46] Your most handsome boy friend:
heh. Xmoh a ckp. Satgi dia perasan.wek!

[47] The kind of girl you hate the most:
depan bahek belakang jahat.

[48] The kind of boy you hate the most:
penipu kaki bodek penghutang pemalas pencarut penkojaq pada mak dan bapaknya

[49] You fall in love with your close friend before:
Mana ada beb

[50] Your best friend is your ex-lover:
pun salah!

[51] If your friend backstabbing you:
Erm kalo kawan..itu hak dia. Tapi kalo bespren aku… gedush! Amek kamu!

[52] If your friend betray you:
Senang cita..gudbye! malas aku nk eran dgn org yg macam ni. Kawan makan kawan. Tapi kalo bespren aku xmacam ni kan…kan,…

[53] If your friend woo your lover:
Woo la..itu hak dia. Tapi kalo lover aku woo kwn aku.. mmg aku gedush sejuta kali. Paham….

[54] If your friends fall in love with you:
Wahhaha..aku akan gelak sakan

[55] If you fall in love with your best friend:
Haih.nak wat pa..isk buang tebiat ke ape

THE STUDIES
[56] Are you a good student:
Oh..tidak sama sekali

[57] You always done your homeworks/assignments:
Kadang2.

[58] The teacher/tutor you love the most:
Entah..zaman kecik2 dulu..cikgu junaidah.muah!

[59] Always late to school/college:
Ya!jawapannya..selalu

[60] Your class:
iT(aku benci!)

[61] You love your seniors:
Ada la jugak sowang dua

[62] Senior who you love the most:
Kaksiti..kakalin..abgshawn..ewah

[63] Your classmates good/bad:
Goooud..

[64] Excellent result classmate:
nadiyah abd rahim

[65] Laziest classmate:
Aku lah orangnya..wahaha

THE PEOPLE
[66] Smart people:
Intelligent+cool+perfect+hensem/beautipul = smart! Wah..

[67] Stupid people:
Buat lawak bongok..aaahaha. stupidcupid

[68] Good looking people:
= nice people+nice heart

[69] Ugly people:
Drug addict.huh

[70] Funny people:
Orang yg buat lawak then gelak seniri. Hahaha

[71] Cute people:
Swit+kecik+manja+always smile = cute

[72] Bad people:
yg x abeh2 berangan nk jadi pm. Janji sana sini..toink!

[73] Honest people:
Susah nk jumpa weh..

[74] Acting people:
Ini aku ada sorunk memb. Gedush sama dia! Kaki bodek

[75] You are what kind of people:
Cute+good looking. hehe

THE PREFER
[76] Lip or eyes:
Soklan apa nih. Aku lebih suka kepada gigi. Gigi yg cantik tesusun..putih..ada gigi kapak 2. Wah…

[77] Hugs or kisses:
Mula2 hugs paih tu kiss. Erk telebey suda..

[78] Shorter or taller:
taller daripada aku la. Kalo pendek kang nanti orang ckp hobbit femili. hihi

[79] Hesitant or spontaneous:
Spontaneous..

[80] Nice stomach or nice arms:
Apa ke soklan. Arms la

[81] Listener or talker:
Talker!

[82] Romantic or rich:
Hm…. Susah nih. Hehe. Rich untuk zahir romantic untuk batin. Hoh. Camana nk jawab

[83] Good husband or Good Father:
Apa kepunya soklan. Beta enggak paham. Untuk aku mestila good husband. Tapi untuk anak2 aku? Mestila kene gud fathe. hish

THE FUTURE
[84] Age to get marry: tah. xtarget

[85] Numbers of kid(s):
12.mak ckp..beranak more than 12 ley masuk syurga..

[86] Career:
Usahawan

[87] Salary:
6k keatas..

[88] Retirement age:
entah.. nanti dah capai career baru piker

[89] Properties value:
soklan xdetail. Apa soklan ni nak..aku xpaham la wei..

[90] Wishes:
Semoga mak+ayah+along+angah+abang+ajiq hidup bahagia..
umor yg panjang..walo sebesar mana pun ujian untuk dorang—smoga mereka tabah! Semoga mereka sentiasa sihat—smoga mereka sentiasa senyum!ketawa! no more pain.. dan semoga along kawen cepat…huhu

hah—awat xkasi soklan sampai 100 terus. Abeh rahsia aku terbongkar di blog kudush nih. Haiyak!!gedush!!

21.10.08

finaLLy..

ni ada budak kampung sedang menunggu seseorang..dan terus menunggu dan terus menunggu sehingga kebosanan

huh--akhirnya aku sudah present. susahnya jadik student. bahek keje kedai mamak ke .. keje kilang ke.. lagi bahagia. otak pun xpenat. tgk pakcik security 2 bes..je. duduk..orang sampai angkat tgn. pastu senyum sana senyum sini.. senangnya la alahai

ingtkan boleh la nak berpuas hati dengan hasil kerja siang malam xtido.. tapi tetap ada yg xberpuas hati. berapa la.. encik syukoq kasi mark..huhu menakutkan.

dah le mood dah ilang. aku pun dah lembik longlai mengantuk..rindu nya padamu tontot...... ;(

~kami sudah ketakutan~

aku sudah dilanda sistem vibrate. huhuhuhu.... detik.detuk.detik.detuk.. jarum jam jalan jugak! degil punye jarum. bagusnye kalo dpt jadik mcm zam2alakazam..dapat jadik doremon..dapat jadik clerkkent..dapat jadik harrypotter..
sudah lama aku jampi kasik berenti suma detik.detuk.detik.detuk nih.gurrrr

aku dilanda vibrate yg amat serius lagik.tetiba jadi tragis gila2 setelah p mengendap soklan2 tagged aku tuh. sengai punya luth.. eekh....huhukh. t ar aku jwb. lepas aku sihat dan normal semula yeh.. nah amek ni.. GEDUSH!

aduhai sistem aku..jangan lah buat perangai..kang abeh tunggang tebalik laptop ni aku kejakan.tidaak.. ops telebih suda..mana la ada keberanian terlampau tue ..ngee~~

sabaq2x..urut dada.. tarik napas..hummmppphh.. hem Bhuusssss......huuuh...

20.10.08

assalamualaikum dan salam kasih

hari nie
-->aku sudah macam cacing kepanasan. erk..toink!toink!nk cerita pasal semalam--> perkh.. baru aku taok jiran py wireless open access.!!
hahkhakhak..sonok gila lepas ni blh layan tenet free..yahuu. kalo awal2 lagi try connect kan bagus(tapi itu cerita kalau.xpayah piker lagik).
pasal petang semalam pulak--> adoi.. dah bapa lama xjoging. sekali aku joging kemaren.. pewai abes. benti je kat depan umah(abeh lari), aku dah rasa mcm gelap gempita. dah tu pening2 lalat. nk temuntah pun ada. ishk3x.. penangan 2bulan benti jogg. xabeh lagi penangannya..dah terasa sengal2 lutut plak skunk.. dia dh jadi manja. lari sikit dah bedenyut semacam..gedush!hah esok!--> esok pn.hanifah nk mai cni..aduii---adalah sebab utama kenapa aku macam cacing kepanasan. hehe..banyak nya keja xsiap agik..huhu.padanlah muka kamu wahai pijah. main banyak!gedush satu kali!
sekarang nie pulak -->kami tesangat lah mengantok beb.. huhuhu..
ekcili pagi tadi aku mimpi benda yg sama dengan mimpi yg lepas. betui..aku penah alami mimpi tu dulu. tapi xda la tragis pun..hihi..mengarut je lebey. kalo mimpi prince charming ke.. baru a chantek. kompem sekunk tengah sedap meringkuk cam udang tebakar lagi.khee~~

tersangatla kelaparan ni,.. perut bebunyik kriuk..kriuk..adeh..dah xsabar nk lunch

ini--aku dah pening lalat--kenapa tah. ari bekerja adalah ari malas sedunia. kalo ari cuti boleh pulak buat keja. wabak lazines.
ini dasar ketegaq nih..huhuh. gedush satus kali!

wahahaha!toink!

noh heh..padan muka
wahahaha..
abeh widget2 hakuk.. toink!
gedush10000x untuk diri seniri
huhuh.
gedush!

17.10.08

|| aku ingin bingaR || aku mau ke pasaR ||

hoh! mengantok....
ini sebabnya telebih tdo lah semalam
adoi--

tah..
dah ari jumaat--aku taok..aku taok..
time is running out.. aku taok..

adoi..
malas gilak!
aku nak carik katil
aku nak tido
aku nak mimpi yg indah2

aku sangat xsuka kalo kita tengah bersuka ria--tiba2 ada orang yang merosakkan mood! huh.. kedatangan kamu tidak diundang okek! adoi..gedush100x!!! biaq lebam kedua-dua bijik mata!
lepas tu aku gelak hahahahahahahaha suka hati sambil mencekak pinggang(macam sakuragi hanamichi lepas belasah orang). hmm sebut sakuragi lama pulak xtengok slam dunk..

tadi ada member fujitsu mesej.. bukan itu pointnya-- kwn fujitsu tu adalah rakyat indon..
sekunk pun dia dah balik sana..begembira dengan anak-anak.
aku sangat teharu. terima kasih uda..tandanya dia masih ingat aku--pijah si becok. hahaha
dulu masa keja di fujitsu, aku lah yg paling bising skali sampai dah bapa kali kena tegur dgn senior operator. sukanya bila pikerkan time tu balik..bunyi waktu tu..bau waktu tu.. alahai..
sebenarnya pengalaman mengajar kita
dulu aku mmg pandang sebelah mata dengan operator kilang
tapi bila dah alami sendiri..baru aku taok langit tu tinggi rupanya.
rasa kerdil dengan dorang suma... rindunya waktu tu..
struggle sungguh carik duit malam2, balik keja p kelas pulak(malas nk study sebenaqnya..hehe). hish....rindu korunk wei!

15.10.08

-dari awal pagi sehingga ke petang-

tadi ada kura-kura nk bunuh diri
agaknya putus cinta kot..
hmm kura-kura pun ada perasaan
hahaha
eh..ke dia takde prasaan yg nk p bunuh diri 2?
eh..
entah..
huhuhuhu
tapi kura-kura itu belum sempat membunuh diri
ada seseorang telah dihantarNya..
untuk menyelamatkan kura-kura itu
hahahahaha---

14.10.08

~entah bila nak membebaskan hati~

kurr..

jap2x..

"buatlah aku tersenyum dengan bahagiakan dirimu"

"di mana kan ku petik bintang kalo malam hari ditemani hujan dan guruh"

"usaha tangga kejayaan.. yang pasti mesti kene ada tangga. kalo xde tangga for sure aku xkan panjat.. huhuh"

"bukan susah untuk susah bukan senang untuk senang.. aaah rindu pulak pada aku punya brutal life(bak kata kak M)"

"bila rindu katakan rindu bila benci katakan benci--tapi kalo rindu pada yang dibenci macam mana??"

"entah bila nak berjaya..bila renung pada dada langit--nampak cerah tapi--bila pejam mata untuk renung masa depan..kabur,gelap,mendung..hmm.."

"banyak sungguh hati punya soalan..sampai akal naik runsing terpusing-pusing"

aaaaah!

belum habis lagi persoalan hati:
bila depan2x..bukan main melayan.. bila dia senyum, kita pun bukan main lagi senyum. bila dia buat lawak sumbing pun kita gelak bagai nk rak.. bila dia cerita panjang lebar.. kita dengar macam dah xnak dengar crite lain dah. adoi..
tapi bila belakang...paham-paham sajalah.
aku benci betui dengan situasi tue. hipokrit xkene tempat....... kadang-kadang trauma aku nk bedepan dengan org macam tue. tah2 kita pun dibuatnya macam 2. depan bukan main bahek pusing blakang jap jek dah lain pulak citanya..

notes: aku bukanlah seorang pahlawan yang cekal hatinya.. aku juga bukanlah seorang pendita yang bijak pemikirannya..aku juga bukanlah seorang pelukis yang meliuk lentuk tangannya.. aku juga bukanlah seperti Siti Khadijah..aku hanyalah aku yang berada di persimpangan jalan.. tertoleh-toleh mana arah tuju--tercari-cari mana tempat berteduh--aduh~~~

13.10.08

~budaya kita~ ;)

assalamualaikum dan salam kasih~~

ari nie xbape sihat.bangun2 je dah sakit kapla yg amat sgt, tapi datang keje jugak.. dah tu asyik ulangalik toilet sebab nk temuntah.
tapi skunk dah okey sikit, lepas kena urut dengan kak M .. kepala dah rasa ringan sikit. kalo x, jalan pun kena ketatkan kapla abes, dah sakit..huhu.
aku terusik dengan kata-kata kakM yang sambil mengurut aku tadi.."lead a brutal life..tapi banyak penyakit.." huakh.. tecengang-cengang aku sementara waktu.. hakhaks. brutal life??? apa2 je la akak oi.. huhuhu. aku ni mmg banyak penyakit--macam2..tah xpaham dgn diri seniri-

hmm..aku nk share 1 benda yg membuatkan aku tersenyum semalam.. jom layan..zasss

Laskar Pelangi by: andrea Kirata-- rm 28.00.(aku akan beli novel nih! ;p) aku mmg pegi popular untuk sambung bc nvel 2 semalam.aku dh baca sekerat kemaren dulu(ari sabtu) then semalam(ari ahad)aku p lagi untuk sambung baca. cerita dia mmg best mengisahkan pasal sahabat..laskar pelanginya.aku duduk situ 1 hari sambil tunggu along aku p sunway carnival(untuk car wash) aku suh dia drop aku kat jusco. lepak la c2 1 hari.. dah abes aku bc nvel 2.. tiba2 timbul la 1 idea sebab aku sgtla tercuit hati bila tepandangkan keadaan sekeliling..tara..

hmm.. lepas tu aku layan novel ni pulak- selagi bintang di langit by zaryl amzari. saja je baca.. gaya penulisan yg agak ringan pasal dalina yg gemuk dan xde konfiden untuk menghadapi life dia..dah tgk suma pic2 tue?.. bila aku tgk keadaan sekililing,.rasa mcm duduk dalam library.. haha.. rakyat malaysia yang suka membaca.. khusyuk betul. tapi perasan xpasal 1benda, most of them adalah chinese..kan..dalam 100% mgkin 30% je org melayu..hukhuk
hmm..disebabkan popular jusco ni kecik..sempit.. jadi npk mcm userfriendly.. sungguh.. byk2 popular mcm kat pacific, megamall, queensbay jusco, sunway, carrefour, tesco, summit, ct plaza.. ni je popular yg sgt friendly yg aku jmpa. hehehe...siap blh duduk lagik. toing..

11.10.08

+aku nak membebel layan piLing sat+

salam kasih+sayang+rindu!!haha(gila)

"bila bahagia sedang menjelma,
jangan sesekali kita terus menerjah
menginjak-injak menuju jalan itu
tanpa toleh ke belakang lagi--
bila bahagia telah digenggam,
genggamlah dengan kuat sehingga terasa sakitnya
seperti ingin terjaga dari mimpi-mimpi
supaya
kita mampu menoleh ke belakang
dan melihat jalan-jalan liku dulu"

"kata orang, hidup ini indah
kata orang lagi, hidup ini umpama pentas dan kita pelakonnya
kata orang, hidup ini seperti kuah sup, dan kita adalah rencahnya
kata orang lagi, hidup ini hanya sesingkat cuma
kata orang, hidup ini hanya untuk diuji
dan kata orang lagi..
semua kata mereka aku tak ambik pedulilah.
yang aku tahu..aku tetap menghargai setiap saat yang berlalu."
terima kasih kepada Allah sebab aku masih berupaya seperti hari-hari semalam.

"kadang-kadang, kenapa ye
bila kita cuba untuk melupa
memori itu sentiasa menggamit pula kan
dan kadang-kadang,
bila kita cuba untuk ketawa
ada titis-titis sendu pula yang datang menjenguk kan
dan...
bila kita sedar tentang sesuatu yang sangat penting dalam hidup..
kita rasa macam, macam tak nak ambik tahu!"

"pernah terfikir atau tersedar tak..
sebenarnya memang lumrah bila--
hari ini sedang dilalui, seperti ingin cepat-cepat untuk melalui hari esok
dan bila hari kelmaren telah berlalu,
terasa seperti ingin kembali semula..
untuk mengubah apa yang telah diukirkan kan..
tetapi sebenarnya kita memang telah sedar
hari kelmaren hanya mampu dilihat
tidak mampu diubah lagi--selamanya.. betul kan"

"bila kita tidak boleh membuat keputusan
tanya lah pada hati
hati tentu ada jawapannya
tetapi bila akal menjadi ragu-ragu..
menafikan kata-kata hati..
apalah salahnya jika kadang-kadang
kita mengikut kata-kata akal"

"sebenarnya.. caturan untuk setiap insan
adalah berlainan coraknya
aku masih ingat kata-kata seorang teman 'Abg H' ;
'jalan yang abang lalui mungkin lebih panjang berbanding pijah..
mungkin lebih berliku-liku berbanding yang lain
tapi abang tetap sampai walopun lambat,
cuma jalan abang jauh..
jalan yang pijah lalu pulak pendek'
sebenarnya setiap orang akan ada puncaknya sendiri
cuma cara untuk kita pergi ke puncak mungkin berlainan
ada yang rata tanpa lopak, senang..
ada yang tidak berliku tetapi selalu tersadung batu dan jatuh
ada yang jauh tetapi jalannya tanpa halangan
tapi
ada antara kita yg mesti memerah keringat
melalui jalan yang sangat jauh
jalan yang terlalu banyak likunya
walaupun berapa kali jatuh tersadung..namun tetap tekad untuk bangun semula
-kita tetap ada puncak di situ-"

"Apalah salahnya jika kita pula yang berkorban
mengetepikan sebentar cuma perasaan dan keinginan sendiri
membahagiakan mereka yang kita sayang
dan sebenarnya tanpa kita sedar..
kita turut tersenyum puas melihat mereka bahagia
bila difikarkan balik...betul, pengorbanan itu indah"

"sebenarnya.. bila kita rasa kita adalah keseorangan,
pejamlah mata-- kuatkan semua deria
rasailah sapaan angin dengan kulit
dengarlah pergerakan indah pokok-pokok
lihatlah mata kucing ke lumbu ke ayam ke..sedalam-dalamnya
dan bila kita rasa kita sedang tersenyum riang..
kita masih tidak keseorangan-- :)"

"bagaimana kalau hari ini kita sedang bersuka ria..
tetapi esok sudah tiada lagi untuk kita"

--dah la membebel sikit2..huah2...ish banyak pulak pekataan 'sedar' dan 'kan' ni.--
bertungkus lumus siapkan projek. kurrrrrrr--

10.10.08

nak buat ke xmau buat????

nak cakap nak. xmau ckp xmau. kenapa mesti nk piker2 nk bolak-balik. isq2x.(aku ckp kat dri sniri nih.xdak kena mengena dgn yg hidup atopun mati).
gundah betui-

aku-- bila balik dr mkn(lunch), msti bawak balik sparepart tuk aku mamam time ngadap pc plak. tapi yg gundahgulananya.. bila otw nk masuk opis, aku mesti melepasi sorang pakcikguard dpan pintu 2 dulu. setiap kali aku bawak balik mknn, hati aku mesti nk bagi dia sama. aku bawak balik apombalik 4bijik, nk bagi dia sama. tp bila nak bagi, mesti xjadik. segan lah..apa lah.. piker byk kali lak 2. tadi, aku bawak balik kacang, nak bagi dia sikit pun xjadi jugak. tah kat mana keseganan tu ntah. gundah gulana betui...

pastu(dah alang2 nk crite) bulan posa aritu, setiap ari bila nk p bazar ramadan mesti dh sediakan duit skit(konon nk sedekah) tapi bila dah sampai kat pakcik2 dan makcik2(korunk paham2 je la sapa ek) tu..aku piker byk kali pulak. tiap2 hari mcm tu sampai kesudah aku xbg pun :( sampai ke hari raya. dah bila dah time raya pulak, aku bawak balik duit syiling melambak-lambak yang aku kumpul dalam tabung tu, nk bagi duit raya kat anak2 sedara aku--pun xjadi jugak(yelah sebagai praktis, taun depan dah keja kene bagi duit raya jugak). last2, aku isik balik duit2 2 masuk tabung. :(

kenapa heh.. kenapa nk buat menda2 yg macam tu rasa macam terselit keseganan yang amat sangat... huhuhu :( (sedey mood) memang adat manusia mcm tu atau adat aku je yang macam tu.. huhuhu

aku sekunk pun tgh beperang dengan stress diri seniri. stress buat coding tah apa2 tp xboleh run. minggu depan pulak lect dah nak datang opis buat penyeliaan--stress.... :( kadang2 tepiker, kenapa org lain buat senang je..kenapa aku susah sangat .. tensyennya makkk.....

hmm minggu depan ajiq(adik aku) akan menjalani PMR. semoga dia tenang hadapi semua cabaran soklan tue.. mak dah kompem ari2 baca yasin.. :) aku tau dia mesti boleh buat! adik aku yg rajin sunguh..(rajin main game). tapi mana la kita tau, bila balik asrama dia struggle study siang malam kan.. best of luck untuk ajiq!

notes: cuba untuk menjadi hamba yang taat, anak yang soleh, adik yang baik, kakak yang bertanggungjawab, teman yang setia dan penghuni alam yang menyayangi... kenapa mesti takut dan malu untuk menjadi seorang yang ..............(see, nak tulis pun segan).. :(

8.10.08

buat baik berpadapada--buat jahat jgn sekali tapi berkalikali

mmg bukn secara kebetulan, aku dtg opis merempit ari nie. disebabkan along aku p KL, so aku kene la mai opis naik moto.. alkisahnya aku mmg dh teringin gile nk mkn cinnamon & mcflurry nih. tapi dlm hati sabaq..sabaq... nnti ari weekend kita p okek. tp xboleh.. kebetulan pulak pn.H msj, nk mintak no phone P.Industri. dah tu urgent pulak.. aku mana la ada krdt.. apa lagie, bagi alasan emergency , dan chow!..hahah.. naik moto dan tah macam mana pulak sedar2 je aku dah sampai kat highway.. masa kat highway tu la.. ada ke patut aku tesempak dgn bos akuk.. adoii.. apa kes tah time nk wat jahat mesti ada..je menda yg xkena. huh. tp aku xeran pon.. dlm hati mintak2 dia xpasan(tapi dia hon aku) huhuhuhu... tunggu la esok dia masuk opis apa nk jadi pun jadi la..


selepas kisahnya aku tesempak ngan bos ..aku pun sampai la kat jusco..tup2.. dah smpi rupanya. dah le jln pun xingat sgt. main taram je.. khee~~ apa lagie. suma aku balun. memula g mcD. alang2 beli mcFlurry, aku mkn lah mcChincken skali..kesian.. mkn sorang2.khee~~ pastu beli cinnamon sugar bungkus bwk balik. heheh.. aku kuaq opis dlm kul 1030, kul 1230 aku dh smpi blik.


puas ati!hahah. hmm hati pun dh puas, jadik keja pun mesti la kene jalan ye pijah ye... sudah2 aku nk buat keje pulak. pn.H pun dah pesan tadi suruh wat sistem bagi siap.. taraa..

nah..amek la makan kalo xmalu. hmm nyum2x.....


notes: bosan rupanya bila berjauhan dengan teman-- bukan teman berkasih yang aku pinta. tetapi teman berhibur---aaagh. rindu budak2 skul aku.muax!

7.10.08

adoii!!mengong...

1. sakit perot ! huh.... mengong sunguh..
xde mood betul aku. bosan2!! . borink tahap malaun dah nie..hukhuk..
tetiba ak teringat .. ak ym ngan mamat ni sorang nie.

aku: sakit perot.. :(
a: lah.. yg ngka kasi tau aku apsal

ada ka patut dia ty aku pasei pa aku gtau dia.. huh. sengal... aku harap korunk ok la kot aku bgtau yg aku skit prot nie. ke .. mcm mamat tu jugak? adeii

2. bosaaan.. tahap cipan tegolek.

disebabkan bosan dgn keja yg amat sgt.. aku tetiba nk buat macam2....adeiii

1.nie hasil kerja bosan aku yg amat sgt tadi. huh! nonsense --buang masa kat opis--idup bahagia bila bos cuti raya panjang2..haha..tapi--keja aku betimbun jugak :(
2. tetiba aku teringatkan novel aku yg baru beli(bawah). nk baca..nk baca.. huhu. untuk makluman, novel yg aku beli tue 3 bijik je-seribu kali sayang-selagi ada dia-cinta mekar di hati(nvel keluaran 2007--beli sebab ramai cakap best walopun ilustrasi cover udoh) -yg lain kepunyaan kwn aku lagi 2 org yg jugak antu novel - sorang 2 bijik.haha
3. teringin pulak nk p jusco makan cinnamon sugar auntie anne's ni. adoiiiii4. lepas tue macam biasa mkn mcFlurry mudpie yg lazat abes.... aku blh mkn 2-3 cwn skali balun. kheee~~5. teringin pulak nk p tengok wayang............................huhuhuhuhu.. tp skunk xde citer yg br kuar selain kami n senario ..kalo ada deathNote II skali lagi kat panggung kan bagush....(aku dh layan citer seram skunk...haha)

hukhuk..borink sunguh2 nie.. nk gather ngan kenkawan aku.. hukhukhuk. aku xmau wat keje2 projek apa kemenda nie. menyusahkan. huh.

6.10.08

kaMi

aah,.. kami gila best!
aku rindukan abu..
abu yang cute
abu yang konon2 macho
abu yang humor
abu yang bahek sangat
abu yang sayangkan lynn dalam diam2..

sob3x.. kami the movie bikin aku nanges... kenapa abu mesti mati..
tidaaakk.....



huhuhu... lepas nie xkan ada lagi kah abu??? kenapa..kenapa... tidaakk...huhuhuhu
aku xpat trima kenyataan nih. abu mati kene tikam. xsuke2!!sob3x..

aku tengok kami ari apa ek..3hb bersamaan raya ke3. aku pg tengok dgn byT, mira, & fiza di wayang buruk yg bertempat at ctPlaza aloQstaq.. wayang itu memang buruk!kecik!krusi rendah!screen kecik! tp tetap nk telan duit budak2.. kalo dh xboleh bagi servis yang bahek..xpayahla amek dengan harga yg mahal..mmg lanun the carribean! aku xpuas ati.. nanti nk tgk lain citer kami kat sini(penang) haha...nway.. aku sgt berpuas hati dgn kami the movie--punk habes...


persahabatan itu indah--jadi apa salahnya kalau kita menghabiskan masa--walopun ckit hanya secuma untuk kawan yang kita sayang--

'hidup ini memang palat tapi esok masih ada'
kata2 nie mungkin untuk mreka2 yg mempunyai probs yg byk..dan hy menanti hr esok dan esok untuk terus menjadi yang terbahek... tapi--
kalo aku...aku lebih prefer dgn kata-kata--
'hidup ini memang best tapi esok belum tentu ada'
jadi...hargailah hari2 yang sedang kita lalui sekarang, kerana memikirkan masa depan yang belum pasti itu sungguh menakutkan.. bagi aku cukuplah kebahagiaan aku pada hari ini walaupun hanya secebis cuma--aku tetap akan rakam setiap detik yang aku lalui..
emmmmuax!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...