tengs y'aLLz.. kerna diriku begitu berharga- sroowt..sob10x

3.1.11

~~thank you 2010~&~welcome 2011~~

assalamualaikum.

apa aku nak tulih nih. sumpah. blur. nak menangis. tapi gembira. jadi. apa ya?

anyway.

welcome 2011~!!
dan.
thank you 2010~!!

sungguh. 2010 yang sangat manis. sangat indah untuk aku melakarkan lukisan memori. sangat bermanfaat untuk aku jadikan pengajaran dan pedoman. dan sesungguhnya aku sangat menghargai dengan setiap perkara dan saat-saat yang telah aku lalui sepanjang 2010. betul.

azam 2010?
-azam 2010 adalah untuk menjadi jujur dan baik hati. alhamdulillah. ada peningkatan dan perubahan ! ahaha...

azam 2011?
- sudah aku tuliskan di suatu tempat. aku doakan ianya tercapai. kalaulah emak ada disisi, dah lama aku tunjukkan senarai azam tu pada mak. lebih termakbul jika mak juga yang turut mendoakan. ;)
permulaan 2011 adalah waktu pembaharuan. segalanya nak baru. kalaulah aku punya wang yang banyak. aku nak beli baju baru dan lupuskan baju lama. tukar terus kepada fesyen yang baru. aku inginkan rupa yang baru. penampilan yang baru. semuanya baru. aku sudah meningkat umur. jadi gaya pemakaian pun perlu ada sikit-sikit perubahan. cewah.. bercakap macam kononnya umur sudah meningkat ke 40-an. tidak. aku masih anak emak dan ayah yang comel dan manja. haha~itu adalah fakta.
bercakap tentang emak dan ayah. ya. umur emak dan ayah juga sudah meningkat. aku perlu akur. aku tak boleh bergantung pada dahan lama-lama macam dulu lagi. kudrat emak ayah juga semakin berkurang. itu lumrah dunia yang aku perlu sedar. sedih.. ;(
terus terbayang kenangan masa kecik-kecik dulu. *sigh*. aku memang budak yang jahat. 
ade banyak nak dikongsikan. terlalu banyak sampai malas sungguh aku nak mengarang. kalaulah aku pandai melukis. aku lebih sanggup melukis dan mewarna~!!! tapi itulah hakikatnya. tak berapa pandai memang perlu berdiam diri sahaja.
seronok kan masuk tahun baru. jangan lupa tentang sesuatu perkara. bumi juga semakin meningkat usia. haish.. takut tiba-tiba. korang sambut ke detik-detik 2011 tu? aku sambut. tapi atas katil. ada suatu rasa yang bertandang pada detik tu. rasa sedih dan terharu dengan 2010. ia memang suatu perjalanan yang indah yang telah aku lalui. aku dengar bunyi letupan bunga api. terus aku jerit di luar tingkap. "HAPPY NEW YEAR!!!!!". ya, aku gembira dengan kedatangan 2011. ;) terima kasih 2010. dan. selamat datang 2011.

peperangan dalaman:
aku ada banyak kerja yang perlu dibereskan. sama ada kerja peribadi. kerja ofis. kerja femili. kerja sekolah. semuanya banyak. memang betul-betul bertangguh punya orang!. tapi sekarang pangkat telah diturunkan uhuhu~. jadi sudah tiada komputer. komputer lama pulak masih berserabut. aku perlu kosongkan semua data dalam tu untuk kegunaan staff yang baru. adohaii.. mana ada masa~!!

notahakunadenganpelangi: tolong. jadikan diri anda lebih efisyen dan sistematik. wahai cikpijah!

17.12.10

besyukur lah

assalamualaikum.

tiba-tiba hari ni aku rasa macam tersedar dari mimpi panjang. rupanya selama beberapa hari ni aku banyak bermain dengan fantasi. patutlah jasad cepat melayang-layang. hilang dari dunia nyata. selalu sangat termenung. hidup dengan kenangan. bahaya gila adoilah. terima kasih kerana telah kembali.

betul tu. jangan menjadi hamba kepada cinta. aku masih kerdil kalau nak celoteh tentang sebuah cinta. sangat-sangat kerdil. cinta aku bukan cinta sejati. hanya cinta yang aku belum tahu mana arah tuju dan pengakhirannya. dan aku bukan siapa-siapa. seorang hamba Allah yang masih banyak mentahnya.

setiap hari aku merintih. pulangkan kebahagiaan aku. pulangkan senyuman dan tawa aku. tapi aku tak sedar, rupanya Allah pinjamkan aku kebahagiaan hanya buat sementara untuk aku turut merasai kemanisan tu.dan Allah berikan aku ujian dan dugaan ini untuk aku sentiasa mengingati akan kewujudanNya. terima kasih Ya Allah, untuk kemanisan sesaat itu dan untuk ujian ini.

teringat peristiwa masa sembang dengan mak dulu. 

aku : awatlah cek ni asek accident ja..
mak : hang ada wat salah apa-apa ka..
aku : awat tanya centu?
mak : sebab mak tiap2 hari doa kat Allah, lindungilah anak-anakku, ampunilah dosa-dosa mereka, jauhi mereka daripada jalan yang salah, tunjukkan mereka jalan-jalan benar. 

seketika. aku terkedu. teringat balik apa yang dah aku buat. ya. aku ada lakukan kesalahan...Allah masih sayangkan aku... semuanya daripada doa seorang mak. aku bersyukur, aku masih di bawah lindunganNya. masih tak tersimpang jauh. Rupanya Dia datangkan aku sesuatu peristiwa bersama dengan hikmah. Bukankah sakit itu penghapus dosa-dosa,.. lagi-lagi jika saat seseorang hamba itu lemah, mereka akan mencari Tuhannya semula. 

lately ni, aku selalu nanges. nanges yang gila punya gila tahap bengkak mata sampai tenggelam bijik mata. selalu cakap. aku dah takdak sesapa lagi. lonely sangat-sangat. tapi aku tak sedar. aku masih ada family.. aku ada mak ayah yang tiap-tiap hari berdoa untuk kebahagiaan dan kejayaan aku walaupun sebenarnya aku  sedar, aku tak memberi apa-apa kebanggaan sepertimana anak-anak mak yang lain. Tapi aku sedar tentang sesuatu. mak ayah sangat menyayangi aku!!! kasih sayang apa lagi yang aku pohonkan.. cukuplah cinta mak dan ayah untuk aku. aku sudah bahagia.

betul. . . .
aku selalu terlupa. alpa dengan kemanisan dan nikmat dunia yang sementara.

jika ketawa dan senyuman itu kebahagaiaan mak ayah, aku akan sentiasa jadikan aku bahagia!
besyukurlah dengan semua yang sedang engkau lalui ini....wahai diri...! 
~titik ~

ceriterahakunadenganpelangi : aku buat cerita tergantung lagi. dah mengantuk nak menaip. cukuplah hanya Allah yang mengetahui segala, kerana hati ini adalah milikNya.

14.12.10

temuduga SPA

alhamdulillah..
semua pesanan mak. pesanan ayah. pesanan kakpidah. kaknora. kakmiza. kakika. murnik. dan semua.
aku buat. semua aku laksanakan.!
alhamdulillah lagi..
alhamdulillah
alhamdulillah.
 terima kasih semua. sangat berterima kasih!
;
;
lega gila beb. dah lepas sesi temuduga tadi..

huhu.
oke, sebenarnye tadi ada interview. Pertama kali dalam hidup aku menghadiri interview SPA.
Terharu sangat sampai menangis. Terima Kasih Ya Allah..
korang doakan lah aku.
semoga aku berjaya dilantik dan dipilih. amin.
 doakan ek ek ek..



notahakunadenganpelangi : buatlah yang tebaik, bukak hati. bukak minda. tunjukkan kejujuran. berani menonjolkan diri sendiri. insyaallah..  
segalanya hanya untuk mak ayah.

13.12.10

ini dia cerita si apek.

dol.
aku memang suka lelaki cina
yang mata sepet. rambut serabai. gigi kuning. yeark ahahaha
owh please please pelis...... aku merayu.
aku merayu.

please jangan mengorat akuuuuuuuu.!
lebeyh kurang cenni lah muka dia oke
owh man.!

oke,. 
tengah meroyan. 

bye.

3.12.10

jangan rindu!!!!!!!!!!!!!

ahahaha~
dah banyak kali cakap dengan diri sendiri.
jangan sesekali nak merindu..
ketegQ.
keghaih kepala.
dah cakap. 
duk diam2!
ini tak.
apesal tah tergedik-gedik tetibe.
aaaarggh!

kesian ko hati.
rindu nak tengok wayang eh...
ini semua RAPUNZEL punya pasal~!!
teringin gile nak tengok citer menda alah tu nyah..
korunk duduk diam2 jangan citer kebestan citer tu ley x.
demn.!
~huhuhuuhu~


notahakunadenganpelangi : sudah tiba masa untuk aku berhenti berhibur sekejap... ;)

20.10.10

entah apa lagi yang ko nak ?

assalamualaikum..

ari ni aku datang! lalalala
tengok2.. korang tengok.. die ni memang macam keling kan kan kan.. haha~
mula2 ckp da nak quit. tapi tiba2 die buat post pulak. tah apa2, ade aku kesah korang nak cakap pape pon cakaplah.. peace2 jangan gado2... xmoh2..

sunggoh, aku tengah tak keruan. tak taulah beb..
hati gelisah . resah . tak dapat nak luah. rasa macam sunyi jek. and dats why lah jugak aku boleh buat post. sebab aku rasa sunyi. haha~ sunyi baru carik blog ek.

rasenye, dah tiba masa kot aku nak carik keje laen. rasa environment tpt baru plak. rasa macam dah xde hati kat cni. dah xboleh. memang xboleh. memang xbolehlah. xboleh blaah.. adei. <--memang nak kene ketok pale die ni hek.

dah lah...
chow dulu. buang karen korang jek bace entry ni haha~ eh jap2 xde orang bace kot! perasan taik kucing jek minah ni ahaha~

oke la korunk..

babai~

salam sayang, pijah.

19.10.10

+++

pagi.

assalamualaikum..

terasa nak tutup blog ni.

&

bukak blog baru.

kenapa ekh??

15.9.10

bertambah lagi.

The Pakyayians

welcome kak zaza dan abang azhar!
.
alhamdulillah..raya tahun ni bertambah ahli keluarga. tengok mak ayah hepi je... walaupun mulut mak tu tak berenti pot pet pot pet membebel kat aku.. muka tetap ada garis-garis senyum. riak-riak gembira. agaknya mak pun dah lupa yang die tu sebenarnya sakit lutut. ayah pulak tak habes2 perasan berlagak muda haha.... semoga mak ayah sentiasa sihat sejahtera supaya kuat mengharungi dugaan-dugaanNya..

rasa macam lengkap sangat raya tahun ni. walaupun biskut raye tak berape banyak, kek tak buat langsung, mercun tak main, balik rumah tok tido jek.. tapi ahli keluarga PakYa tahun ni lengkap. along , kak dan abang semua dah ada keluarga sendiri. masing-masing bahagia dengan cara tersendiri. dah cukup 3 pasang anak-anak mak. agaknya waktu macam ni lah yang mak tunggu-tunggu selama ni... tinggallah aku dan adik yang sampai kesudah tak habes2 memeningkan kepale mak huhu..

6.9.10

ai am olready 23rd!


macam mane malas pon. macam mane bz pon. tarikh keramat ni mesti ade post jugak.

selamat hari jadi..

31.7.10

bersyukur kepadaMu Ya Allah..

alhamdulillah..
at last kitorunk dapat jugak rumah. bersyukur sangat.. dan terima kasih kepada semua yang terlibat yang tak pernah putus-putus membantu kami ni. thanx banyak2 kat korunk.. sesungguhnya korunk TERBAIIiikKK!.

tak sabar rasanya nak menempuh hidup baru di rumah baru. kenapa nak memulakan hidup baru? banyak cerita yang tersirat yang telah tersurat yang tak sepatutnya dibuat bahan bacaan kat cni huhu.. bagi aku, selama setahun ni aku hidup menumpang. ..tapi bukan senang tawu hidup menumpang ni,. teringat kata-kata mak masa 15 tahun dulu " mak rasa macam boleh pegang langit dapat duduk rumah sendiri ". lepas daripada berpindah tu, aku tau mak rasa tenang, bahagia sangat walaupun banyak lagi dugaan lain yang datang. terima kasih mak untuk segalanya...

macam tu jugak aku rasa sekarang. bahagia , tenang ,..

yow! aku sedang bahagia dude.............


notahakunadenganpelanginya: sori beb, cerita tergantung lagi. cukup hanya point di sini , untuk menceritakan betapa bahagianya aku.. pijah luves uuuuuu ;)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...